Banyak persepsi mengatakan ‘telefon mahal, hasil kameranya cantik’. Maaf, bukan semua orang mampu untuk memiliki telefon berharga sehingga mencecah RM4000. Juga tidak semestinya hasil gambar dari telefon yang mahal sentiasa cantik, ia bergantung juga kepada kreativiti pengguna. Tapi ada ke telefon pintar dengan harga rendah tapi hasil gambar mengagumkan umpama di edit menggunakan aplikasi photoshop?
Vivo V5
Teruja bila pertama kali penulis dapat memegang telefon pintar Vivo V5. Bentuk rekaan Vivo V5 memang tampak stylish, mewah dan yang paling warna rose gold sangat sesuai untuk si gadis manis macam penulis.
Sama seperti telefon jenama lain, Vivo V5 lengkap didatangi dengan kepala pengecas, wayar USB dan fon telinga.
Dengan perincian kamera belakang 13MP, paparan lebih jelas, terang dan besar berbanding dengan telefon milik penulis. Memang puas hati kalau nak merakam video dan gambar bersama saiz skrin paparan 5.5″HD.
Vivo V5 juga mencipta suatu kelainan dengan menambah kuasa pada kamera hadapan dengan 20MP dilengkapi dengan ‘soft light’ yang membolehkan anda selfie walaupun berada dikawasan yang kurang cahaya. Digelar sebagai ‘Perfect Selfie’ kamera telefon ini merakam gambar sekaligus memberi efek seri muka dan ‘Face Beauty Mode 6.0’ mengurangkan cela pada wajah secara semulajadi.
Menariknya lagi, anda boleh terus edit gambar anda menggunakan aplikasi di kamera Vivo V5 tanpa perlu muat turun aplikasi editor. Hendak selfie banyak-banyak pun tak jadi masalah, sebabnya ruangan simpanan sehingga 4GB RAM + 32GB ROM, menyokong kad microSD (melebihi 128GB).
Tidak cukup dengan itu, Vivo V5 turut mempunyai mod kekunci menggunakan cap jari pada butang ‘home’ dalam 0.2 saat sahaja serta Eye Protection Mode, cahaya biru pada skrin untuk menjaga penglihatan pengguna.
Percaya atau tidak dengan kecanggihan kamera 13MP dan 20MP beserta MediaTek MT6750 SoC Octa-Core 1.5GHz 64bit Processor, Vivo V5 berharga mampu milik RM1,299 sahaja!
Jadi bagi anda yang masih lagi mencari-cari telefon pintar lengkap dengan kamera selfie canggih, Vivo V5 adalah pilihan yang tepat.