Jenama Mahsuri menampilkan wajah barunya hari ini dengan kehadiran Juara MasterChef Selebriti Malaysia, Dato’ Fazley Yaakob sebagai duta baru produk tersebut yang menerajui kempen pemasarannya. Produk keluaran Mahsuri seperti Sos Tiram, Kicap Manis dan Kicap Manis Pedas diadun untuk menyerikan hidangan masakan Melayu, tidak kiralah sama ada untuk hidangan harian biasa mahu pun resipi paling rumit untuk suatu jamuan keramaian.
Diperbuat daripada ramuan berkualiti tinggi tanpa bahan pengawet, melalui proses yang paling selamat, sos-sos Mahsuri bukan sahaja menyedapkan lagi masakan, ia merupakan pilihan sihat untuk seisi keluarga. Sos Tiram Mahsuri diperbuat daripada tiram segar sebenar dan mampu membangkitkan rasa segala masakan kesukaan anda secara asli. Ia amat sesuai digunakan untuk memerap dan memasak pelbagai jenis makanan laut, daging serta sayur-sayuran.
Kicap Manis Mahsuri pula sempurna dengan rasa manis dan aroma kicap. Ia diperbuat daripada kacang soya asli (tiada pengubahsuaian secara genetik) dan melalui proses pembuatan kicap secara semulajadi. Oleh itu, kicap ini sangat sesuai untuk sebarang hidangan, sama ada sebagai perasa tumisan atau pun sos celupan.
Bagi yang menggemari rasa pedas, Kicap Manis Pedas Mahsuri pasti dapat menepati citarasa anda. Keluaran produk Mahsuri yang unik di pasaran ini, sesuai sebagai sos memerap, mencelup dan memasak. Dengan Kicap Manis Pedas Mahsuri, anda tidak perlu lagi menghabiskan masa untuk menghiris atau mengisar cili untuk menambah rasa pedas dalam masakan lagi!
Demi membuktikan keupayaan sos-sos Mahsuri yang versatil, pemenang pelbagai anugerah, Chef Dato’ Fazley, berkongsi 8 resipi sedap menggunakan sos Mahsuri yang mudah untuk disediakan di rumah. Resipi yang diperkenalkannya ialah Sayur ala Lodeh, Ayam Penyet Balado Hijau, Ayam Mongolia Nenas Bakar, Daging Hitam Belimbing, Sambal Udang Petai Salai, Telur Dadar Bersama Merah Telur Masin, Nasi Goreng Ketam dengan Bawang Putih Panggang dan Mee Goreng Bunjut.
“Melalui resipi ini, penyediaan makanan yang sedap adalah amat mudah sekiranya ramuan yang digunakan segar serta berkualiti seperti sos-sos Mahsuri ini. Saya percaya akan sos Mahsuri kerana mengikut piawaian pemprosesan yang diiktiraf tinggi, dengan menggunakan proses pembuatan kicap semula jadi tanpa bahan pengawet tambahan,” kata Chef Dato’ Fazley semasa majlis pelancaran sos Mahsuri.
Sos Mahsuri boleh didapati di kesemua pasaraya-pasaraya utama, kedai-kedai runcit dan kedai-kedai kecil terkemuka di seluruh negara, Sos Tiram Mahsuri (255g) boleh dibeli pada harga RM3.60 sebotol; Sos Tiram Mahsuri (510g) pula dengan harga RM5.90 sebotol; manakala kedua-dua produk Kicap Manis serta Kicap Manis Pedas Mahsuri boleh dibeli dengan harga RM5.90 setiap satu.