Menjadi lumrah untuk model antarabangsa kekal langsing jika mahu mendapat banyak tawaran peragaan. Tentu sekali mereka perlu mengawal pemakanan dan mungkin juga bersenam dengan lebih kerap.
Model terhangat masa kini, Bella Hadid menjelaskan dia kehilangan lebih empat kilogram dalam masa sebulan sebelum acara peragaan Victoria’s Secret di Paris awal Disember lalu.
Malah, tubuh Bella Hadid yang kurus kering sehingga menampakkan tulang abdomen mencetuskan kontroversi. Untuk itu, Bella mendedahkan rahsia dietnya miliki fizikal sedemikian.
https://www.instagram.com/p/BN2YP-dA3Tz/?taken-by=bellahadid&hl=en
Anda rasa apa diet harian Bella? Kalau bintang Korea mengamalkan diet ekstrem untuk kelihatan ideal di kaca TV, Adriana Lima mengamalkan kick boxing setiap hari untuk kurus dan sihat, Kourtney Kardashian mengaku akan meminum minuman goncang protien setiap pagi semasa sarapan, bagaimana pula Bella?
Jangan terkejut sebab Bella memberitahu dia makan grilled cheese dan kentang goreng setiap hari. Hah seriously? Dia mengakui tidak boleh meninggalkan tabiat makan makanan segera termasuk pizza, burger dan keju.
https://www.instagram.com/p/BNhaDapg0pK/?taken-by=bellahadid&hl=en
Bella juga seperti kakaknya, Gigi Hadid yang gemar makan burger tetapi Gigi hanya mengambil makanan segera sekali seminggu. Bella kerap memuat naik foto dan videonya menikmati piza dan keju panggang setiap hari. “My meal everyday” kapsyen Bella untuk foto kentang goreng dan keju panggang yang dimuat naik di SnapChat.
Menurut Bella, keju panggang membuatkan dia cepat kenyang dan muak. Jadi dia selalunya tidak makan makanan berat untuk makan malam. Bagaimanapun dia akan memastikan untuk bersenam sekurang-kurangnya dua hingga tiga kali seminggu.
https://www.instagram.com/p/BHj_Lx0AXIT/
https://www.instagram.com/p/zXGhUpkNnJ/
Diingatkan, mungkin rutin diet Bella berkesan padanya tetapi mungkin tidak pada anda. Apapun sentiasa amalkan gaya hidup sihat dengan mengamalkan diet seimbang setiap hari, minum banyak air putih dan rajin bersenam agar anda sentiasa berpeluh dan aktif.
Jom Sihat & Cantik Sama-Sama!