Jenama sukan global tekemuka PUMA baru-baru ini memperkenalkan siri fesyen sporty istimewa yang dihembus denganc ciri-ciri feminin yang bukan sahaja versatile malah bersifat anggun dalam ranggi.
Rangkaian khas untuk wanita ini menggabungkan kesinambungan gaya aktif yang sangat bergaya. Dari helaian seluar mudah regang, baju panas dan kasut, semuanya dilengkapi perincian santai namun amat tepat dengan jiwa kewanitaan.
PUMA bangkit meneruskan kelangsungan kempen ‘DO YOU’ yang bertujuan untuk menyedarkan masyarakat wanita di seluruh dunia untuk sentiasa berani menunjukan keyakinan diri bersulam gaya.
Salah satu rekaan terbaharu untuk wanita adalah rekaan kasut sukan yang comel, PUMA Basket yang diterapkan dengan elemen feminin melalui perincian tali kasut tebal yang boleh diikat seperti riben. Sungguh comel, dinspirasi dari gaya jalanan era 70an.
Rekaan ini adalah merupakan adik-beradik kepada keluaran PUMA Suede terdahulu di mana, PUMA Basket sengaja dicipta untuk menepati gaya kasual harian sekaligus disisip aura budaya pop lagenda.
Selain tali kasut yang menggunakan fabrik jenis kanvas tali kasut normal, ia juga hadir dengan pilihan tali kasut mewah jenis satin. Pastinya gaya sepatu PUMA Basket ini mampu membangkitkan jiwa fashionista anda!
Ditawarkan pada harga RM349 sepasang dalam rona putih atau hitam. PUMA Basket akan mula dipasarkan di semua cawangan PUMA seluruh negara mulai pertengahan Disember ini.
Untuk keterangan lanjut, layari global.puma.com/en_MY