Kerajaan Arab Saudi melancarkan not baru bersempena memperingati era pemerintahan Raja Salman.
Lengkap dengan ciri keselamatan yang baru bagi mengelakkan daripada dipalsukan serta not nilai dalam SR500, SR100, SR50, SR10 dan SR5 serta syiling dalam pelbagai nilai, termasuk SR2 dan SR1.
Gabenor Bank Pusat Saudi, Ahmed Alkholifey berkata, not dan syiling lama bagaimanapun masih boleh dipakai.
Menurutnya, pengeluaran not dan syiling baru itu menggambarkan masa depan cerah pembangunan ekonomi negara itu.
Kerajaan Arab Saudi akan mula mengedarkan not baru matawang negara itu bermula 26 Disember ini.
– Agensi