Musim luruh boleh dikatakan musim paling ‘hambar’ dan suram jika hendak dibandingkan dengan musim-musim yang lain seperti musim bunga dan panas. Lihat sahajalah pada koleksi-koleksi pakaian yang dihasilkan oleh kebanyakkan jenama-jenama fesyen seantero dunia, semuanya berasaskan palet rona tanah dan polos.
Jika bergaya dengan rona-rona yang tidak menonjol, anda harus bangkit bijak bermain dengan solekan, Nah, ini tips mudah yang Wanista bisa kongsikan bersama dengan anda.
#1 Pembayang Mata Dua Tona
Kombinasi warna terang menerang di bahagian atas kelopak dan dilengkapi dengan tona klasik smoky di belahan bawah (garis bulu mata) memberikan rasa modern dan seksi kepada pemakai.
#2 Sapuan Highlight Pada Tulang Pipi
Walaupun trend contouring semakin menghilang di radar, highlighter tetap menjadi holy grailbagi penggemar alat solek. Sedikit highlighter memberi perbezaan yang sangat ketara, lagi-lagi bagi mereka yang selalu berada di luar di mana matahari menyinar. Bagi hasil yang lebih efektif, utamakan bahagian Cupid’s bow, hujung hidung dan bahagian tepi kening.
#3 Gincu Warna Terang
Jarang sekali musim luruh dan warna terang digunakan dalam ayat yang sama. Namun demikian, warna merah jambu pekat sebagai gincu kini menjadi tumpuan ramai. Gaya ini dikenakan dengan look make-up yang bersih dan natural supaya bahagian bibir menjadi bintang utama di wajah pemakai.
#4 Bulu Mata Palsu Serlahkan Rupa
Bagi memberi ilusi yang dapat membesarkan bentuk mata, bulu mata palsu yang penuh dan tebal memainkan peranan mudah dan ringkas.
#5 Pengilat Bibir Rona Plum
Sejak kebelakangan ini warna gelap seperti ungu pekat dan merah wain mendapat sambutan hangat dari para penggemar make-up. Tetapi jangan lupa untuk memakai lip linerbagi mengelakkan warna daring dari “bergerak”!
Pssttt! Meskipun Malaysia berpanas dan berhujan sepanjang tahun, tidak bermakna kita tidak boleh mengenakan gaya solekan khas untuk musim luruh kerana semua pakaian terkini yang dijual di butik-butik pakaian terkemuka seperti H&M, Zara, Mango dan Uniqlo semuanya merangkumi gaya musim luruh. Bla dah pakai baju ala-ala musim luruh, kenalah gayakan solekan yang bersesuaian ye tak? 🙂
Selamat mencuba!