Di Jepun, sashimi termasuk antara hidangan mesti ada setiap hari. Hidangan ikan mentah ini menggunakan ikan-ikan segar yang kaya akan Omega 3 seperti tuna atau salmon.
Difahamkan, alasan utama mengapa orang Jepun sangat suka makan sashimi adalah kerana kadar Omega 3 pada ikan-ikan tersebut sangat tinggi berbanding apabila dimasak.
Itu sebabnya, sashimi tidak hanya dimakan oleh orang dewasa sahaja, sejak kecil, anak-anak di Jepun sudah dibiasakan makan sashimi. Omega 3 dipercayai boleh membuatkan IQ jadi lebih tinggi, tidak mudah kemurungan dan menurunkan kadar ADHD. Selain itu, ikan mentah juga kaya akan protein tetapi rendah kalori. Jadi secara keseluruhan, sashimi diyakini banyak manfaat bagi tubuh.
Walaubagaimanapun, adakah sashimi untuk dimakan?
Sebenarnya tidak ada masalah asalkan ianya mempunyai kualiti yang baik. Untuk mengetahui sama ada ia berkualiti atau tidak, cuba cium sashimi terlebih dahulu sebelum memakannya. Ikan yang berkualiti baik baunya segar, tidak amis menyengat. Jika ikan sudah tidak segar lagi, jangan cuba-cuba memakannya kerana pasti ia mengandungi banyak bakteria.
Selain sediakan di rumah, pasti anda ingin mencuba sashimi yang terdapat di sekitar Lembah Klang. Oleh itu, ini Wanista senaraikan beberapa tempat terbaik kiranya paling sedap dan segar boleh makan sashimi.
Apa lagi, jom pesta Sashimi!
#1 The Fat Fish
The Fat Fish tidak hanya pakar dalam menyediakan sashimi, mereka juga ada makan lautan seperti tiram dan makanan bergoreng.
Alamat – 15-0-5 Shoplex Mont Kiara, Jalan Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia. atau The Waterfront, Desa Park City, Bandar Menjalara, Kuala Lumpur 52200.
#2 Top Catch Fisheries
Kerana sentiasa penuh, pelanggan biasanya akan tapau sashimi pilihan mereka dan makan di rumah sahaja.
Alamat – 17, Jalan Hujan Rahmat, Overseas Union Garden (OUG), 58200 Kuala Lumpur.
#3 Sushi Zanmai
Siapa yang tak pernah makan di Sushi Zanmai, bukan? Sushi Zanmai adalah restoran sushi tulen yang menyediakan lebih daripada 100 jenis sushi dan makanan Jepun lain.
#4 Eatomo Food Co
Walaupun dibuka pada bulan September tetapi Eatomo Food Co terusan maju dan berkembang. Di sini sashimi salmon segar dijual pada harga yang berpatutan.
Alamat – 11-1-1 Jalan 3/109F, Taman Danau Desa, Kuala Lumpur, Malaysia.
#5 Sui-San Fish Market
Menariknya mereka menghantar makanan laut terbaik sehingga ke pintu rumah jika anda berada di Kuala Lumpur dan Selangor.
Alamat – No. 32, Jalan Anggerik Vanilla W31/W, Kota Kemuning, Seksyen 31, 40460 Shah Alam, Selangor.
Jadi, kepada anda yang gilakan sashimi, apa tunggu lagi. Selamat Menjamu Selera!