Jika anda biasa minum teh hijau (green tea matcha) atau lain-lain teh Jepun, pasti tidak hairan bila Wanista menyebut teh Genmaicha kan? Oopss! Atau masih ada yang tidak biasa dengar.
Teh Genmaicha juga sama seperti teh hijau yang lain, cumanya keadaan ‘fizikal’nya sedikit berbeza dari teh yang lain. Diadun bersama kepingan beras perang sebagai pengawal rasa pahit teh dan mempunyai aroma karamel, kekacang. Sekali imbas apabila memandang teh ini seperti bertih jagung pula, yes! Kalau anda agak-agak lupa nama sebenar teh ini, anda boleh panggil ia sebagai ‘Teh Popcorn’.
Ia juga bukan teh biasa-biasa, Wanista kongsikan manfaat kesihatan dan kecantikan yang terdapat didalam teh Genmaicha:
#1 Tinggi Antioksida
Bagi sesiapa yang mendapat satu cawan kenikmatan teh ini, ia membantu meningkatkan ketahanan sistem imun dan menyah toksik dari dalam badan. Teh Genmaicha amat sesuai untuk perokok yang ingin berhenti merokok. Dengan pengambilan enam cawan teh Genmaicha, ia menunjukkan kadar radikal bebas semakin rendah termasuklah memperbaiki DNA yang telah rosak akibat merokok.
#2 Mengurangkan Risiko Kanser
Bahan kimia Catechin, yang terdapat didalam teh Genmaicha merupakan bahan semulajadi untuk melawan sel kanser. Ada kajian yang telah dibuat mengatakan wanita yang minum teh Genmaicha walaupun hanya satu cawan dapat mengurangkan risiko kanser ovari dan prostat.
BACA: Bahana Minum Teh Hijau Berlebihan
#3 Tekanan Darah Rendah
Kalau anda yang punya masalah tekanan darah anda, dan tak lalu untuk makan hati ayam, paru-paru lembu atau kerang untuk tambah darah. Nah, hirup sahaja teh Genmaicha..sedap pun sedap. Selain itu, teh ini juga mampu membuat tubuh badan anda berasa rileks dan tenang.
BACA: 7 Tanda Tekanan Darah Rendah
#4 Pelbagai Kebaikan Vitamin Untuk Kecantikan
Bila ada ‘kuasa’ untuk menyihatkan, mestilah ‘kuasa tambahan’ untuk mencantikkan si peminum pun ada!
Gamma-oryzanol (γ-oryzanol) – mengelakkan obesiti dan diabetes
Kumpulan vitamin B – membakar lemak dan menyimpan tenaga
Vitamin E – Memperbaiki peredaran darah, menyihatkan rambut dan kulit supaya kekal cantik
Catechins – mengurangkan kanser, anti-penenuaan, pereputan gigi dan masalah mulut berbau
Vitamin C – mencerahkan kulit
Theanine – melegakan stress
Zat besi – menambahbaik kualiti darah
Kalsium – meningkatkan kepadatan mineral tulang
BACA: Hilangkan Bintik Hitam Gatal Dengan Teh Hijau
#5 Kesihatan Jantung
Penyakit kardiovaskular dan risiko sakit jantung dapat dikurangkan dengan mengambil sekurang-kurangnya satu atau lebih cawan teh Genmaicha.