Malaysia Airlines Berhad (MAB akan memperkenalkan kempen promosi besar-besaran untuk melancong ke seluruh pelusuk Asia bersempena sambutan Tahun Baru di samping menjangkakan untuk pelaksanakan penyamaan cajj perkhidmatan penumpang (PSC) mulai 1 Januari tahun depan.
Dalam kenyataannya semalam, MAB berkata, penyamaan PSC akan bantu mengurangkan RM35 untuk seorang penumpang di KLIA.
Syarikat tersebut turut menyatakan, pengurangan harga pernerbangan Asia yang ditawarkan kepada pelanggan adalah amat menggalakkan kerana tempahan yang dilakukan terhadap sekitar Asia meningkat lebih 400 peratus.
Ini adalah salah satu medium demi melihat syarikat penerbangan ini lebih maju seterusnya memberi manfaat terhadap semua pelancong yang terdiri dari rakyat tempatan.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAB, Peter Blew berkata, dengan penyemakan semula ke atas pengurangan caj perkhidmatan, syarikat juga bisa bersaing secara sihat bersama syarikat lain yang turut menawarkan tambang rendah.
“Demi menyambut bulan perayaan yang penuh dengan sifat memberi ini, kami ingin berkongsi berita baik kepada semua terutamanya pelanggan sejati kami,” tambahnya.
Sepanjang tempoh promosi, tambang yang ditawarkan adalah serendah RM99 untuk penerbangan domestik dan sekitar negara Asean.