Keibubapaan, Kembara, Makanan, Review

[REVIEW] Cuti Sekolah Bermula! Ini Sebab Kenapa Legoland Wajib Dikunjungi Sekali Seumur Hidup

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
[REVIEW] Cuti Sekolah Bermula! Ini Sebab Kenapa Legoland Wajib Dikunjungi Sekali Seumur Hidup

Ramai ibu bapa yang pening kepala apabila memikirkan lokasi percutian yang sesuai untuk percutian keluarga.

IKLAN

legolang-malaysia-hotel-67

Mulai dari hari ini, tak usahlah anda memlaburkan sejumlah wang yang besar untuk ke Disneyland atau mana-mana kawasan luar negara semata-mata untuk buat anak-anak anda gembira kerana di Malaysia pun telah banyak taman tema serta lokasi percutian strategik yang menghiburkan setanding tarikan pelancong di luar negara tahu?

img_2724

Di sini, penulis sarankan supaya anda pergi sahaja ke LEGOLAND® Malaysia Resort! tempoh hari, penulis berpeluang untuk menjejakan kaki ke Legoland buat kali yang kedua bersempena pelancaran permainan baharu Ninjago dan ya, kali ini penulis berpeluang untuk menginap sekali di hotelnya!

img_2719

Sebaik menjejakan kaki ke pintu masuk utama hotel, mata penulis terbeliak melihat kanak-kanak berlari bebas ke sana, ke mari, “Amboi gembira betul budak-budak ni”, bisik hati penulis. Memang bagai melangkah masuk ke satu alam lain. Ibu bapa tidak perlu risau sehingga perlu mengawal ketat anak-anak mereka ketika di hotel.

111

Nak tahu kenapa? Ini antara 8 sebab logik Wanista mengapa anda perlu mengheret ahli keluarga anda untuk bercuti di Legoland Malaysia sekurang-kurangnya sekali seumur hidup!

IKLAN

#1 Tempat Bermain Di Mana-Mana

444

Bayangkan, di lobi hotel pun sudah ada pelbagai permainan berupa blok lego tersedia untuk pengunjung cilik. Bukan tu je tau, setiap perhentian di segenap ruangan hotel mempunyai tempat khas untuk kanak-kanak bermain! Ha itu belum anda bawa anak-anak masuk ke taman temanya lagi. 

legoland-main-banner-v3

Taman tema pula terbahagi kepada dua bahagian, satu taman tema dan satu lagi adalah taman air. Harga tiket masuk adalah berlainan namun anda turut bisa membeli tiket taman tema 2 dalam 1 yang merangkumi pakej teman tema dan taman air. Harga pakej bermula RM196 untuk kombo sehari (taman tema + taman air)  dan RM305 untuk kombo dua hari (taman tema + taman air).

333

RUJUK HARGA TIKET [DI SINI]

#2 Syurga Untuk Keriangan Keluarga 

Dimaklumkan, Legoland Malaysia mempunyai lebih 70 puluh jenis permainan menyeronokkan untuk semua lapisan umur.

Selain bisa bermain di taman teman, ruangan sekitar dalam dan luar hotel, anda juga boleh bermain di dalam bilik bersama anak-anak -menguji kepantasan dan kecekapan.

legoland-malaysia-hotel-adventure-room-safe

Dengan berpandukan arahan teka teki serta quiz yang harus diselesaikan bagi mendapatkan kata kunci untuk membuka kotak misteri yang terletak di suatu sudut bilik, jika berjaya anda boleh memiliki hadiah misteri yang terdapat dalam kotak itu! Jangan tak percaya, dalam lif pun anda boleh berhibur! Yay!

Paling unik, setiap kali anda memasuki lif untuk naik dan turun, akan ada lagu dan lampu disko yang menceriakan anda :P

#3 Cantik Sebagai Latar Bergambar

legolang-malaysia-hotel-23

Bagi si kaki selfie, Legoland memang tempat paling praktikal untuk anda! Warna-warni lego dan karakternya, ditemani pula pelbagai arca unik lego yang ada, foto anda itu pasti lebih ceria dan nampak mahal! Bolehlah buat pasangan yang meminati Lego tu, anda berkunjung ke Legoland untuk merakam foto-foto pra perkahwinan yang pastinya memberi seribu satu makna untuk dijadikan kenang-kenangan. Sambil bercuti, sambil bergambar! Jimat okay… 

legolang-malaysia-hotel-24

#4 Hidangan Restoran & Kafe Bertaraf 5 Bintang

Jika anda menempah untuk menginap di Legoland Hotel, setiap tempahan akan ditemani pakej sarapan percuma di, jadi senanglah kan untuk anda yang bercuti dengan anak? BRICKS Family Restaurant ini terletak di bahagian lorong hujung sebelah kanan lobi hotel.

resize-of-img_3339

Bagi pendapat penulis, makanan yang disedikan di hotel adalah sangat-sangat sedap dengan aneka pilihan hidangan bagi individu normal malah yang ‘vegetarian’ juga! Antara pilihan makanan menarik untuk sarapan adalah termasuk bubur nasi, nasi lemak, bijirin, roti dan pastri, yogurt, jus buah-buahan, salad, omelet dan banyak lagi! Untuk buffet makan malam pula, orang dewasa dikenakan bayaran RM103 seorang manakala kanak-kanak pula RM56.

lel

Apa yang menarik untuk buffet makan malam, seperti biasa hidangannya tidak pernah mengecewakan. Sangat berbaloi dengna harga yang dibayar, bahkan kanak-kanak juga pasti berasa gembira kerana setiap meja akan dihampar dengan alas kertas putih yang boleh diconteng dan diwarnakan. Ini adalah salah satu inisiatif bijak untuk membuat kanak-kanak tidak meragam dan bosan sementara tunggu ibu bapa mereka habis makan.

img_2721

Pelawat biasanya akan menikmati makan tengah hari di dalam teman tema Legoland sekaligus bermain di sana. Terdapat pelbagai pilihan gerai makan tetapi penulis syorkan anda untuk bersantap di Market Restaurant.

Market Restaurent.
Market Restaurent.

Di sini pilihannya lebih tepat dengan tekak orang Malaysia, terdapat makanan bernasi seperti nasi ayam dan nasi briyani. Setiap hidangan didatangkan dalam set berserta air dan manisan. Harganya juga ‘standard’ jika hendak dibandingkan dengan makanan di taman tema lain seperti Sunway Lagoon mahupun Genting Highlands.

img_2728

#5 Bilik Bertema Ala Hotel Butik

img_2718

Setiap bilik adalah direka khas untuk percutian berkeluarga. Dinding di segenap bilik telah dilitup dengan kertas dinding bercetak motif karakter lego, cadar dan dekorasi bilik juga bertepatan dengan tema yang dibawakan setiap satu bilik. 

img_2722

Legoland Hotel menawarkan 3 pilihan bilik bertema termasuklah Pirate, Kingdom dan Adventure. Setiap bilik berlainan tema dikumpulkan mengikut aras. Anda pasti kagum saat melangkah masuk. Dari syiling hingga ke karpet semuanya dilengkapi dekor mengikut tema. 

img_2717

 

Setiap suite berkeluarga boleh memuatkan 4 hingga 5 tetamu. Katil dua tingkat untuk kanak-kanak turut dilengkapi satu lagi tilam yang boleh ditarik pada bahagian bawah yang bisa menampung seorang lagi anak. Bahkan, struktur bilik iba bapa dan anak adalah terpisah dan terdapat pintu jenis gelongsor yang boleh membangkitkan aura privasi. Seronok kan? Oh! Dua buah tv turut ditempatkan di hadapan katil ibu dan bersebelahan katil kanak-kanak. Tak perlu berebut saat menonton!

#6 Bagai Hidup Dalam Dunia Lego 24 Jam

lil

Sudahlah struktur hotel ibarat sebuah istana Lego, dalam bilik juga ditemani karakter-karakter Lego, ke mana sahaja anda pergi, Legoland memang untuk si hantu Lego! Jangan tak percaya, dalam lif pun anda boleh berhibur!

#7 Hospitaliti Terbaik!

222

Apa yang anda perlukan? Semua kehendak anda itu pasti akan dilayan baik oleh kakitangan hotel selama 24 jam. Bilik tumpangan beg dan bagasi ada teletak di sudut sebelah kanan lobi. Tandas awam yang terletak di tingkat lobi juga sentiasa bersih dan teratur. Boleh dikatakan, sepanjang penulis menginap di sana, semua kakitangannya baik dan ramah belaka.

Bilik XBOX dna menonton khas untuk kanak-kanak yang terletak di hadapan BRICKS Family Restaurant.
Bilik XBOX dan menonton, khas untuk kanak-kanak yang terletak di hadapan BRICKS Family Restaurant.

Ke sebab penulis memakai tag media sewaktu lawatan? Wallahua’lam.

#8 Bosan? Banyak Lagi Tarikan Yang Ada Berdekatan

Persekitaran Hotel Jen, Puteri Harbour, Husajaya Johor. Sumber: Zuji.com
Persekitaran Hotel Jen, Puteri Harbour, Husajaya Johor. Sumber: Zuji.com

Bukan Legoland sahaja yang dibangunkan di Nusajaya, Puteri Harbour turut menawarkan keriangan berganda untuk anda dan keluarga. Selain Legoland Hotel, anda boleh ambil peluang untuk menginap di Hotel Jen yang tidak kurang hebatnya.

Teringin tak nak masuk rumah Hello Kitty yang serba serbi mewah ni? Kalau nak, datang lah Sanrio Hello Kitty Town yang kini berwajah baharu. #sanriohellokittytown #hellokittyinozthelostchapter #puterihabourfamilythemepark

Anda dan keluarga boleh menimba pengalaman untuk menaiki bot layar mengelilingi tasik yang ada di keliling Puteri Harbour. Jika tidak, bersiar-siarlah disekitar tasik atau berkunjung ke taman tema Sanrio Hello Kitty Town atau Thomas Town. Di situ, banyak juga rangkaian restoran popular seperti Kenny Rogers, Starbuks Coffee dan lain-lain.

Bersedia untuk mengembara ke alam Oz yang penuh dengan keajaiban dan keseronokan bersama orang yang tersayang! #sanriohellokittytown #hellokittyinozthelostchapter #puterihabourfamilythemepark
Hello Kitty in OZ, Sanrio Hello Kitty Town, Puteri Harbour.

Oh! Jika anda hendak terus ke Singapura pun apa salahnya. Checkpoint TUAS hanya 15 minit dari Legoland… asalkan sahaja anda membawa pasport bersama :)

Kelemahan:

20161118_184612

  • BRICKS Family Restaurant akan menjadi penuh ketika musim-musim tertentu sehingga pelawat kadang-kala harus menunggu dan beratur kerana restoran tersebut hanya bisa menampung 420 orang dalam satu-satu masa. Penulis nasihatkan anda turun awal untuk sarapan (7.00 – 10.30am) dan makan malam (6.30 – 10.00pm).
  • Penyaman udara bilik agak lambat sejuk mungkin kerana biliknya mempunyai banyak bahagian menyebabkan penghawa dingin bentuk lama yang melekap pada syiling lambat bertindak.20161118_164159
  • Bilik mandi hotel tidak begitu menarik seperti yang diharapkan. Dekorasinya agak kosong dan suram, tidak sepadan untuk hotel yang bertaraf antarabangsa.

Tips!

Jika anda menempah penginapan di LEGOLAND® Malaysia Resort secara online, anda boleh menempah sekali tiket combo (taman tema + taman air) yang sekaligus akan memberikan penjimatan berganda kerana tiket masuk ke taman tema untuk hari kedua secara automatikny akan menjadi percuma!

s1