Meskipun cuti sekolah, bulan Disember masih lagi boleh ditiup dengan kegirangan. Satu cara anda boleh redakan kebosanan anak-anak yang asyik terperap di rumah adalah menggalakkan mereka menonton siri-siri animasi popular di saluran Nickelodeon!
Menjelang Krismas, ini adalah sebahagian 7 aktiviti bermanfaat untuk mereka pratik sepanjang minggu cuti sekolah:-
#1 Uji Kreativiti Dengan Mencipta Pokok Krismas Paling Aneh
Pengguna boleh mencipta dang mengihias pohon krimas alam maya mereka di crazychristmas.nick-asia.com menggunakan perhiasan dengan pelbagai motif tertentu sehingga akhir Disember ini. Rekaan itu kemudian anda boleh dicetak dan dihantar sebagai kad ucapan krismas yang bisa dimanfaatkan kanak-kanak. Mereka pasti bergembira untuk melakukan aktiviti seni sebegini!
#2 Tonton Siri Episod Menarik
https://vimeo.com/194001253Sebagai sebahagian aktiviti untuk memeriahkan sambutan “Crazy Christmas” anjuran, penonton tegar Nickelodeon berpeluang untuk bergelak ketawa dengan 12 episod animasi berkenaan sambutan Krismas termasuklah Dora the Explorer, The Fairly OddParents, Make It Pop, Henry Danger, Game Shakers dan banyak lagi.
#3 Tonton Filem Animasi Pertama Nickelodeon Berjudul “Albert”
Albert akan mula ditayang 23 Disember 2016 jam 12pm. Siri yang bakal berdurasi selama 1 jam ini adalah filem animasi pertama yang diterbitkan oleh Nickelodeon sendiri. Albert adalah sebatang pohon cemara genit yang mempunyai impian untuk menjadi pohon Krismas paling bergermalapan suatu hari nanti, terletak di tengah-tengah kota New York untuk menjadi tatapan pengunjung.
#4 Main Permainan Baru Nickelodeon
Layari www.nick-asia.com untuk bermain pelbagai permainan alam maya yang baru oleh Nickelodeon! Ini termasuklah The Loud House Holiday Quiz (dari 22 Disember), Winter Wonderland House Builder (dari 23 Disember) dan SpongeBob SquarePants: Bikini Bottom Beat yang boleh dimain dan dimuat turun pada USD $1.99.
#5 Reka Cipta Perhiasan Pohon Krismas!
Apa tunggu lagi? Jom cipta perhiasan bebola yang diinspirasi dari wajah karakter Mutant Ninja Turtle! Hanya perlu ikut arahan dan siap!
#6 Realisasi Impian Untuk Menjadi Salah Seorang Mutant Ninja Turtle Di KidZania Singapura!
Kunjungi Akedemi Lakonan dan Teater Nickelodeon di KidZania Singapura untuk peluang belajar teknik lakonan sebelum layak untuk bertukar menjadi watak Teenage Mutant Ninja Turtle kegemaran anda. Berlangsung dari 10 hingga 25 Disember, jangan lepaskan peluang untuk bertemu dan bergambar bersama Donatello dan Leornardo.
#7 Berhibur Sambil Bermain Air Di Nickelodeon Lost Lagoon
Berkunjunglah ke Nickelodeon Lost Lagoon di Sunway Lagoon untuk pengalaman bermain di lebih 12 lokasi tarikan yang tersedia dalam taman tema animasi tersebut. Bersempena Krismas, sambut perayaan meriah itu bersama Santa Claus, SpongeBob dan Patrick Star berserta rakan-rakan Bikini Bottom yang lain dari sekarang sehingga 1 Januari nanti!
Selamat berhibur!