Makan banyak, mulalah perut buncit ke depan. Minum banyak air perut terus kembung. Nak berfesyen pun rasa tak yakin sebab ada lebihan perut. Stress sangat!
Disebabkan selebriti mempunyai pakar-pakar yang menakjubkan di belakang mereka untuk membantu mendapatkan bentuk badan ideal, ini ada beberapa tips yang mereka sudi kongsikan.
Berita baik sebab tidak semua tips dan rahsia mereka ini melibatkan senaman yang berat.
Jennifer Lawrence
Dalton Wong, jurulatih peribadi Jennifer Lawrence dan Amanda Seyfried, mengatakan bahawa salah satu cara untuk mendapatkan perut leper adalah dengan menolak beberapa makanan.
- Foto – The Guardian
Beliau menolak makanan jenis tenusu dan gluten untuk melihat bagaimana badan bertindak balas dan mengambil makanan kaya fiber dan magnesium yang membantu penghadaman.
Kardashians
Pakar diet Kardashians, Philip Goglia mencadangkan mandi dalam tub yang penuh dengan garam Epsom, ini untuk membantu menarik keluar apa-apa berat air yang berlebihan.
- Foto – In Touch
Bukan itu sahaja, menurut petua, untuk melancarkan aliran tubuh, anda hanya perlu berendam dengan air garam Epsom.
Untuk pengetahuan anda, garam yang anda guna untuk rencah masakan dan garam Epsom langsung tidak sama. Secara ringkas, garam Epsom tidak boleh dimakan dan ia gabungan magnesium dan sulfur sementara garam makan adalah sodium dan klorida.
Adriana Lima
- Foto – Mireya Acierto
Untuk meningkatkan metabolisma pada waktu pagi, supermodel ini menyediakan smoothie dengan campuran setengah avocado, secawan air (atau satu cawan susu dan 1/2 cawan yogurt biasa, untuk smoothie yang lebih berat) dan sedikit madu untuk memberi rasa.
Gwyneth Paltrow
Pelakon tinggi lampai ini menerangkan jika dia merasa kembung, dia akan beralih kepada smoothie sitrus untuk mendapat manfaat vitamin C.
- Foto – People
Apa lagi mana tips selebriti di atas yang best, dan kamu rasa berbaloi cuba. Silalah amalkan, mana tahu menjadi. Terus rasa gembira dan bahagian tak terkata, dapat apa yang diidamkan, flat tummy idaman setiap wanita.
Yang penting setiap hari peruntukan 15 hingga 20 minit untuk senaman. Selamat Beramal!