Siapa yang tidak pernah ada memori kanak-kanak bersama karakter kartun Disney popular Mickey dan Minnie Mouse. Kembalikan nostalgia indah itu dengan gaya sepatu dari Melissa yang berkolaborasi bersama Disney dalam menghasilkan rekaan kasut sofistikated sempena koleksi Musim Bunga/Panas 2017.
Musim ini, Melissa Shoes meletakkan Mickey dan Minnie sebagai elemen utama didalam kasut klasik Melissa Ultragirl iaitu telinga Mickey dan Minnie dan tali leher kupu-kupu ikonik Mickey Mouse. Koleksi ini pastinya dapat menarik keluar aura kanak-kanak pada setiap wanita diluar sana. Setiap rekaan pula sangat istimewa dengan warna seakan-akan warna gula-gula, butiran kasut yang comel serta keselasaan pada si pemakai.
Koleksi ini terdapat untuk si kecil, MEL Ultragirl + Minnie dan juga dewasa Mini Melissa Ultragirl + Disney Twins.
Koleksi Melissa + Minnie akan berada di butik Melissa Shoes dan www.mdreams.com.my bermula pertengahan Januari 2017. Bagi anda yang sudah tidak sabar untuk mendapatkannya, boleh terus melakukan pre-order pada 1 hingga 18 Disember 2016 dengan potongan diskaun sebanyak 10%