Pereka fesyen ternama Pearly Wong menjalinkan seni fesyen bersama Laine Wong pereka yang baru sahaja meningkat naik. Kedua-dua mereka berpengalaman dan bersama menghasilkan koleksi pakaian musim luruh/panas untuk 2017. Didalam setiap koleksi mereka dapat dilihat rekaan datangnya dari ilham artistik dan cara unik masing-masing.
Apakah yang mereka perkenalkan untuk 2017 ini?
PLaine
Jika dahulu Laine Wong popular dengan hasil kerja sebagai penghias gaya dan jurusolek artis. Kini beliau buat pertama kali memperkenal PLaine sebagai label pertama dalam dunia fesyen. Sesuai dengan nama PLaine, label ini mengajak anda untuk mengekalkan rasa minimalistik, sofistikated tapi masih memberi aura seksi, menggoda dan berkuasa dalam satu masa yang sama. Diinspirasikan dari tona cahaya dan mood serta tiada yang lebih baik lagi koleksi ini juga selesa untuk dipakai walau dalam gaya berfesyen. Layari laman rasmi www.plaineofficial.com atau Instagram @plaine_official untuk banyak lagi mengenai koleksi ini.
Catch Me If You Can
Dari sebuah rentetan cerita yang menyingkap disebalik pandangan Pearly Wong terhasil rekaan dan koleksi ‘Catch Me If You Can’. Menekankan konsep geometri dan tali pakaian yang boleh ditukar ganti sebagai tanda manifesto perbuatan melulu kita terhadap kesan buruk kepada bumi. Warna koleksi ini menyerlah walau masih menggunakan warna asas seperti puith, hitam dan kelabu. Anda boleh ke laman sesawang www.pearlywong.co atau Facebook Pearly Wong Official bagi melihat koleksi eksklusif Pearly Wong.