Sempena sambutan akhir tahun 2016, WAH CHAN, jenama barangan kemas terkenal mengadakan Jualan Cuci Gudang di semua cawangannya di Semenanjung Malaysia. Untuk memberi ganjaran kepada pelanggan yang menyokong jenama ini selama ini, WAH CHAN menawarkan promosi harga emas 916/999.9 dengan diskaun hebat dari RM10 hingga RM25 setiap gram. Jualan Cuci Gudang ini akan berakhir pada 2 Januari 2017.
Elemen Flora semula jadi yang diterapkan menjadikan barangan kemas tampak lebih feminine dan eksotik. Kelestarian corak bunga mawar, bunga raya dan dedaun memastikannya tidak akan luput ditelan zaman, koleksi baru ini menyerlah penampilan wanita yang mementingkan imej mereka.
Diilhamkan daripada Simetri yang penuh perincian, koleksi Simetri ini didatangkan bersama padanan rantai leher, rantai tangan dan cincin. Koleksi yang menawan ini memiliki tarikan istimewa dengan rekaan ukiran pada permukaan. Barangan kemas dengan elemen simetri menampilkan gaya ringkas dan mudah disuai padan, menjadikan wanita kelihatan cantik tetapi pada masa yang sama tidak keterlaluan.
Bagi mereka yang ingin memilih barangan kemas untuk dijadikan cenderahati kepada insan tersayang, pilihlah rantai leher Hati ke Hati. Dengan dua hati yang semakin bertaut, si dia yang menerimanya pasti merasa keikhlasan hati anda.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman Facebook WAH CHAN Gold &Jewellery, laman Microsite kami (http://xmasyec2016.wahchan.com.my/xmas.html) atau hubungi talian khidmat pelanggan WAH CHAN: 1300 88 7121.