Teknologi

Pilih & Tebus! Saleduck Jadikan Pengalaman Beli-Belah Anda Lebih Seronok

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Pilih & Tebus! Saleduck Jadikan Pengalaman Beli-Belah Anda Lebih Seronok

Kewujudan teknologi masa kini membuatkan semuanya lebih mudah di samping memberi lebih banyak pilihan kepada pengguna untuk menukar tabiat membeli-belah mereka. Tidak lagi perlu mengerah peluh dan mengeluarkan wang ringgit lebih bagi menampung kos petrol, tol dan bayaran parkir  kerana dari rumah pun anda sudah boleh membeli-belah secara efisyen.

IKLAN

Platform perdagangan elektronik di Malaysia dilihat semakin maju dan berkembang. Bilangan peniaga atas talian dan pengguna media sosial sama-sama meningkat dari hari ke hari menjadikan peluang untuk Saleduck melebarkan empayar komunitinya di sekitar daerah Asia Tenggara termasuklah Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand, Filipina dan akan datang di Vietnam.

Foto -Arkib Wanista
Rosanne Hortensius, Pengurus Besar Saleduck Asia Tenggara (kiri tengah) dan Domingo Karsten, Ketua Pegawai Eksekutif Saleduck (kanan tengah) bergambar bersama pasukan Ibu Pejabat Saleduck cawangan Malaysia. Foto -Arkib Wanista

Tidak hanya tertumpu di negara asalnya iaitu Amsterdam, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Saleduck, Domingo Karsten telah memilih Malaysia sebagai Ibu Pejabat untuk Saleduck cawangan Asia Tenggara dan tujuan beliau adalah mahu menyediakan sesuatu yang memberi faedah dan kenikmatan berganda kepada para pelanggan. 

Dari rangkaian kecantikan, item fesyen, makanan, minuman, rangkaian restoran, perkakas rumah serta tiket penerbangan dan pilhan penginapan, Saleduck berupaya menawarkan pengalaman pembelian yang bukan sahaja menjimatkan malah menyeronokkan.

Laman web Saleduck Malaysia.
Laman web Saleduck Malaysia.

Sebagai sebuah laman sesawang yang menyediakan pelbagai jenis tawaran hebat eksklusif, baucar percuma serta kod promosi dan diskaun untuk lebih 200 jenama jualan atas talian, Saleduck turut meletakkan target bagi menghubungkan jenama-jenama yang bekerjasama dibawahnya dengan para pelanggan berpotensi. Antara syarikat dan jenama atas talian yang terlibat adalah seperti Lazada, Sephora, Charles & Keith, Zalora, Groupon, AirAsiaGo, Althea, Kinokuniya, Sunway Lagoon dan banyak lagi.

Sebagai contoh, jika anda mahu membeli sepasang kasut Charles & Keith, pilih paparan jenama Charles & Keith pada laman web Saleduck untuk lihat tawaran promosi, baucar, kod kupon atau diskaun untuk jenama tersebut yang boleh anda gunakan sebelum mendaftar keluar (checkout). Mudah kan?

Lihat jenama-jenama atas talian yang bekerjasama dengan Saleduck [DI SINI]

Namun begitu, anda perlu jelas bahawa setiap tawaran promosi, baucar, kod kupon atau diskaun yang disenarai dalam laman web Saleduck adalah tidak kekal. Tawaran mungkin berubah setiap hari dan anda perlu rajin menyemak laman web saleduck secara berkala.

Layari www.saleduck.com.my hari ini untuk menjadikan pengalaman membeli-belah anda lebih seronok dan berbaloi! 

IKLAN