OMG! Malam semalam telah berlangsungnya pertunjukan fesyen paling gempak di Paris untuk tahun ini.
Victoria’s Secret Fashion Show 2016 kembali mempersembahkan koleksi serta rekaan pakaian dalam eksentrik yang digayakan oleh Angels yang bukan calang-calang dalam industri fesyen dan peragaan antarabangsa. Bella Hadid antara Victoria’s Secret Angel yang membuat oenampilan sulung dalam pertunjukan fesyen tersebut.
Setiap tahun, satu konsep akan ditetapkan sebagai tema bagi VS Fashion Show dan untuk tahun ini, legenda Marie Antoinette menjadi ilham inspirasi koleksi peragaan. Setiap satu helaian adalah berasaskan renda, fabrikasi bersinar, butiran manik serta elemen kilauan. Sungguh mengujakan, palet warna yang diabadikan menampilkan sinergi warna-warni metalik, monokrom dan neon sekaligus membangkitkan kemeriahan sambil diiringi alunan muzik dan nyanyian selebriti sensasi seperti Bruno Mars, The Weekend dan Lady Gaga!
Gaya siapakah yang mencuri hati Wanista untuk VS Show kali ini?
#1 Jasmine Tooks
Saban tahun, hanya seorang VS Angel terpilih yang akan diberi kredibiliti untuk memakai Fantasy Bra. Tahun ini, peluang keemasan untuk memakai Fantasy Bra bertatah berlian dan batu permata bernilai $3 Juta adalah seorang wanita cantik yang memiliki kulit hitam manis, Jasmine Tooks! Sisipan rantaian batu permata jernih dan hijau emerald itu memang kena dengan tona kulitnya.
#2 ALANNA ARRINGTON
Padanan jaket jenis cropped bersama seluar pendek organza. Oh WOW! Perincian lengan gelembung yang dibuat menggunakan fabrikasi berbulu tu nampak feminin. Koleksi untuk rangkain PINK dari Victoria’s Secret.
#3 ROMEE STRIJD
Adakah ini dinamakan cinta? Corak floral menjalar pada boot sarung berpotongan tinggi memang mengancam!
#4 Taylor Hill
Hitam jelas menyerlahkan lagi aura seksi si taylor Hill! Ibarat pari-pari anggun yang muncul dari dunia mistik.
#5 Stella Maxwell
Oh yes! Katakan ya pada bodysuit jarang yang diliputi butiran permata nuansa biru kehijauan ini!
#6 Irina Shayk
Model yang memiliki wajah persis bintang Bollywood ini baru sahaja pertama kali berjalan di pentas VS Fashion Show. Namun, tahukah anda sebenarnya kardigan rambu-ramba tersebut dipakai sebegitu rupa untuk menyembunyikan buncit kecil pada perutnya. Irina Shayk sedang perada dalam tempoh awal kehamilan! Tahniah!
#7 Liu Wen
Beliau berjaya mengetengahkan keperibadian yang mengujakan penonton! Tampak mempersona dalam persalinan eksotik ala Puteri Tibet.
#8 Gigi Hadid
Ekspresi wajah dan sayap yang melayang mengikut aturan langkah kakinya. Hanya satu perkataan untuk menggambarkan gaya Gigi Hadid: SEMPURNA!
#9 Alessandra Ambrosio
Penulis tak tahu kenapa, tapi sekali pandang je terus penulis jatuh hati dengan gaya yang dibawakan VS Angel yang berketinggian 5’10” ini! Mungkin disebabkan kejelitaan naturalnya serta rekaan busana yang menggabungkan warna hijau emerald kebiruan, emas serta sedikit palitan merah pada perincian aksesori rantai dan anting-anting.
#10 Kendall Jenner
Hello si tinggi lampai! Busana pakaian dalam artistik rona monokrom yang diinspirasi dari gaya mewah Marie Antoinette ini padan benar dengan jiwa Kendall. Sesungguhnya, tiada langsung cacat-cela yang dapat dinilai dari gaya yang satu ini.
#11 Devon Windsor
Ini adalah sayap paling besar pernah direka dan dipersembahkan di pentas VS Fashion Show iaitu setinggi 7 kaki.
#12 Joan Smalls
Kot labuh yang buat semua terpana!
#13 Barbara Fialho
Ilham gadis Bohemian!
#14 Maria Borges
Ringkas namun busana tersebut seolah sebati dengan jiwanya!
#15 Xiao Wen
Genit dan comel. Xiao Wen adalah antara wajah VS Angels yang baru!