Apa kata bawa anak-anak ke Sunway Lagoon bersempena cuti sekolah ini di samping memeriahkan sambutan menjelang Krismas di SpongeBob’s Christmas Lagoon bersama karakter siri animasi popular itu seperti Patrick Star, SpongeBob’s SuqarePants dan ramai lagi!
Sertai kemeriahan dengan pelbagai aktiviti menarik yang dapat dialami di taman tema Nickelodeon pertama di Asia termasuklah sebuah perarakan hebat yang disertai pelbagai hidupan laut Under The Sea Parade. Bukan itu sahaja, pengunjung juga bakal berpeluang untuk bertemu maskot Captain Quack & Lady Quack disertai Santa Claus!
Terdapat pohon Krismas unik yang menghiasi persisir tasik berhadapan Nickelodeon Lost Lagoon. Ia dihiasi elemen hidupan laut setinggi 20 kaki khas untuk menjadi latar sempurna bagi rakaman foto bersama keluarga apabila melawat Sunway Lagoon musim cuti ini.
Antara aktiviti menarik lain yang dianjurkan sepanjang musim cuti sekolah dan Krismas ini adalah termasuk Mali Cove Dance Show, ALoha Show, Mini Telematch, Christmas Carolling dan semuanya bertemakan kehidupan di dasar laut! Bagai berada di dunia SpongeBob Bikini Bottom pula.
Sebagai tambahan untuk meningkatkan ukhuwah kekeluargaan anda, ajak keluarga untuk ikut serta dalam pengembaraan larian Christmas Challenge yang akan membuka peluang bagi memenangi pakej percutian 3 Hari 2 Malam di Sunway Pyramid Hotel Family Suite Getaway dengan 4 tiket masuk eksklusif bernilai RM3,700! Anda dan keluarga perlu melengkapkan misi di setiap lokasi checkpoint dalam tempoh tertentu berpandukan peta. Anda kemudian harus mengisi borang dan menyatakan slogan tidak melebihi 20 patah perkataan sebelum layak untuk terpilih sebagai pemenang.
Untuk keterangan lanjut, sila layari sunwaylagoon.com
Rujuk harga tiket [DI SINI]