Puan Syarifah Hasnida, sorang surirumah serta ibu kepada dua orang anak, menjuarai peringkat akhir peraduan Empayar Kuih NESTUM® (EKN) Ogos lalu, sedikit pun tidak terlintas di fikiran untuk suatu perjalanan besar yang bakal dilaluinya.
Bermula dengan kegemaran waktu santai yang berjaya mempererat ikatan kekeluargaan, kini menjadi suatu yang mencetuskan pendapatan. Biskut NESTUM® Coklat Cip merupakan penyertaannya di peringkat akhir peraduan EKN kini dipasarkan di ruang talian 11street.my. Biskut dari resepi Puan Syarifah Hasnida boleh didapati bermula 28 November 2016, selagi stok masih ada. Puan Hasnida juga telah memberi pengalaman hebat dengan mengikuti program itensif mentor keusahawanan yang disediakan oleh pihak Nestlé Malaysia dan The Royale Chulan Damansara.
Beliau dibimbing oleh pakar perusahaan dalam satu sesi latihan selama seminggu dengan memberi pengetahuan penting mengenai cara menjadi usahawan dan pembuat kek yang berjaya. Bahagian pertama latihan tersebut merupakan sesi eksklusif kendalian The Royale Chulan Damansara, yang memberi tunjuk ajar tentang asas pembikinan kuih dan kek secara profesional selaras dan sesuai dengan standard yang telah ditetapkan oleh The Royale Kitchen.
Sesi latihan yang dikendalikan oleh Nestlé Malaysia pula merangkumi asas perniagaan SME, pemasaran dan jualan, pembangunan produk, pemerhatian pengguna dan perhubungan awam.
Kempen peraduan Empayar Kuih NESTUM® bermatlamat menggalakan dan membantu warga Malaysia supaya dapat menanam minat untuk mengusahakan perniagaan, Puan Hasnida adalah antara contoh pemenang yang berjaya membuktikan jika kita mengambil langkah sulung untuk menggapai impian, maka kita akan mampu membuka lorong untuk mencapai peluang yang mampu merubah kehidupan ini.
NESTUM® Coklat Cip akan dijual pada harga RM12.00 setiap balang. 40% daripada keuntungan jualan akan disalurkan kepada Puan Hasnida, manakala lagi 50% akan diagihkan kepada Nestlé Malaysia dan The Royale Chulan Damansara untuk memberi sumbangan kepada badan kebajikan pilihan mereka iaitu, Jalinan Kasih.