Kesihatan, Makanan

Info Berguna! Ini 6 Khasiat Hebat Kimchi Untuk Kesihatan

Malisa Aina
/
petite, nail biter, foodaholic
Info Berguna! Ini 6 Khasiat Hebat Kimchi Untuk Kesihatan

Kimchi (sayuran yang direndam) adalah makanan tradisional Korea, salah satu jenis sayur jeruk hasil pemerapan daripada bahan-bahan seperti garam, gula, udang kering, sos ikan, bawang putih, halia dan serbuk cili merah.

Sayuran yang biasa digunakan untuk dibuat kimchi adalah kobis, sawi putih (napa cabbage) dan juga lobak. Di Korea, kimchi selalunya dihidangkan pada waktu makan dengan hampir semua masakan. Kimchi juga digunakan sebagai ramuan untuk masakan seperti stew kimchi (kimchi jjigae), nasi goreng kimchi (kimchi bokkeumbap) dan pelbagai masakan lain.

Kimchi terdiri dari ratusan jenis dengan ciri khas aroma yang keras, tajam, dan menyengat. Jadi, siapa di antara pembaca Wanista yang suka makan kimchi? Beritahu kami!

Bukan itu sahaja, kimchi juga disebut sebagai salah dari lima ‘makanan tersihat’ di dunia menurut majalah Health Magazine. Dilaporkan, kimchi kaya dengan vitamin, membantu pencernaan, dan berkemungkinan dapat mencegah barah. Sayuran yang sudah lama diketahui baik untuk kesihatan, apatah lagi ditambah bakteria hidup pada kimchi yang lebih banyak dari yogurt.

Foto - Grub Street
Foto – Grub Street

Wow, hebat bukan kimchi ini? Berikut adalah alasan kenapa anda perlu makan kimchi.

Mengandungi Probiotik (Bakteria baik dalam badan) – Untuk pengetahuan anda, kimchi yang dijeruk mengandungi bakteria yang baik atau probiotik yang membantu pencernaan. Selain itu, probiotik juga berfungsi melawan pelbagai jangkitan penyakit.

Melambatkan Penuaan – Kimchi yang diperam selama dua minggu mengandungi antioksidan yang mampu menyamarkan penuaan pada kulit. Selain itu, kimchi juga membantu menyihatkan kulit dan rambut serta mengurangkan kedutan pada wajah. Tidak hairanlah orang Korea memiliki kulit yang cantik dan kelihatan lebih muda dari usianya.

Membantu Menurunkan Berat Badan – Penggunaan cili merah dengan banyak dalam kimchi juga sering disebut-sebut baik untuk kesihatan, capsaicin yang terdapat dalam cili dapat meningkat kadar metabolisme. Dan kimchi yang memiliki bakteria baik, elok untuk mengurangkan rasa keinginan makan dengan mengurangi  kadar gula pada darah.

Menghindar Kanser Perut – Dilaporkan, kobis China dan lobak putih yang digunakan dalam pembuatan kimchi mengandungi bahan seperti isocyanate dan sulfide baik untuk menyingkirkan logam dalam hati, usus kecil dan buah pinggang.

Menurunkan Kolesterol – Bawang putih yang terdapat dalam kimchi mengandungi allicin dan selenium yang dapat membantu menurunkan kolestrol dalam darah dan juga mengurangkan risiko penyakit angin ahmar dan penyakit kardiovaskular.

Meningkatkan Daya Tahan Badan – Menurut kajian Professor Rina Yu dari Bahagian Makanan dan Nutrisi di University of Ulsan mendapati bahawa kimchi menyebabkan sel-sel sistem imun menjadi lebih aktif dan menghasilkan lebih banyak antibodi. Diet tinggi kolestrol dengan kimchi menghasilkan 75% aktiviti sel imun, berbanding cuma 55% untuk diet tinggi kolestrol dan 68% untuk diet biasa.

Lagi satu, tahukah anda bahawa kimchi dimakan setiap hari oleh orang Korea, sehingga lebih 20 kilogram setahun setiap seorang, ini sama ada sebagai hidangan sampingan mahupun utama. Dan Wanista yakin sekarang ramai masyarakat Malaysia yang menggemari kimchi, bukan?

Foto - Welcome, Cupycakes!
Foto – Welcome, Cupycakes!

Siapa yang nak belajar buat sendiri, ini Wanista kongsi resepi sekali.

Rujukan : 123

Komen Anda