Skirt sudah menjadi pakaian yang wajib ada didalam setiap almari orang perempuan. Skirt corak, skirt mini, skirt A, skirt pensil dan banyak lagi!
Kalau anda menggelarkan diri anda sebagai si pencinta fesyen, anda pasti tidak ketinggalan dengan trend semasa. Malulah kalau tak ikuti apa yang menjadi gelombang perhatian sekarang. Biarlah anda punya 1001 jenis skirt pun tapi jika tiada yang satu ini..rugi.
Jika dahulu skirt berlisu hanya dipakai ketika zaman 80an hingga 90an. Tapi kini skirt berlisu merupakan trend fesyen sempena musim bunga dan musim luruh 2016. Fesyen itu bagai waktu berputar, ia akan terus berpusing.
Wanista kongsikan gaya dan sebab kenapa anda perlu ada skirt berlisu ini. Start from now!
#1 Bosan dengan seluar slack ke pejabat? Sarungkan skirt berlisu bersama kemeja kerja anda untuk gaya baru ke pejabat.
#2 Kalau kaki anda dah penat nak menyarung kasut bertutup atau kasut tumit tinggi. Tiru gaya seperti dibawah, selamba bersandal dengan skirt berlisu.
#3 Penampilan sweatshirt bersama skirt berlisu memang popular. Memang nampak manis dan polos sahaja pada si pemakai.
#4 Untuk tampak lebih manis di pertemuan pertama dengan si jejaka pilihan. Cuba skirt berlisu corak bunga. Selitkan juga tali pinggang untuk kelihatan sedikit ranggi.
#5 Nah, skirt berbelah mungkin untuk anda yang inginkan gaya kombinasi seksi dan moden. Okay jer, tak keterlaluan pun.
#6 Shine bright like a diamond! Ada parti malam ini? Kenakan skirt berlisu dari fabrik berkilat. Dari jauh sudah tahu anda bersedia untuk enjoy!
#7 Hitan dan putih tak akan pernah pudar. Jadi kreatif dengan mengenakan skirt berlisu yang memberi ilusi dua warna tersebut.
#8 Tidak tahu bagaimana untuk bergaya bersama ankle boots? Inilah masanya untuk menyerlah bersama sarungan skirt berlisu. Sekali pandangan anda tampak stylish dan elegan.
Skirt berlisu sesuai digayakan pada bila-bila masa dan ia juga penyelesaian untuk anda yang punya tubuh badan yang sedikit berisi di bahagian punggung dan kaki. Bayangkan cukup dengan satu atau dua skirt ini, anda dah boleh bergaya dalam bentuk fesyen.
Pergi grab sekarang!