Kelengkapan alatan sekolah amat penting sebagai tanda galakan anak-anak ke sekolah. Ada kajian mengatakan, jika memakai pakaian atau memiliki barang baru boleh menaikkan tahap keyakinan dan menceriakan mood seseorang. Ibubapa yang mana tidak mahu anak mereka kelihatan kemas, cantik malah kacak bergaya ketika menuntut ilmu.
Sama seperti tahun-tahun yang lepas, pasti ada diantara anda membeli kelengkapan sekolah anak-anak disaat-saat akhir! Sudahlah last minute, nanti pasti ada barang yang terlupa untuk dibeli. Kesian pada anak-anak anda, hari pertama sekolah sudah ada yang buat spoil mood.
Jadi para ibu bapa sekalian, Wanista kongsikan 18 senarai alatan sekolah yang wajib ada. Cetak senarai ini sebagai memo ketika membeli-belah nanti:
1. Uniform sekolah
– Pastikan dari fabrik yang selesa dan menyerap peluh
2. Kasut sekolah
– Pilih kasut yang mudah untuk dicuci dan mengikut saiz kaki supaya selesa dipakai sepanjang hari.
3. Beg
– Samada yang beroda atau beg galas, pastikan mempunyai ruang yang luas untuk menyimpan buku teks, buku nota dan yang paling penting ada tempat simpan botol air.
4. Buku Nota
– Pastikan sediakan satu atau dua buah untuk setiap subjek.
5. Pembalut buku
– Bukan sahaja penampilan kena jaga, buku nota pun juga harus dijaga baik..iyalah nak pakai sepanjang tahun. Jadi dapatkan pembalut buku untuk menjaga kekemasan buku nota.
6. Penanda / Pelekat Buku
– Umum tahu bukan? Subjek sekolah di Malaysia agak banyak..jadi untuk tidak terkeliru dengan buku-buku nota yang ada, tandakan pelekat bewarna ini untuk mengasingkan buku dengan jadual harian. Mudah!
7. Fail Simpanan
– Kenapa perlu ada fail ya? Bila dapat kertas-kertas rujukan peperiksaan atau laporan tahunan, bolehlah disimpan kemas didalam satu fail. Tidak kisah samada dari fail kertas atau plastik yang penting guna dengan cermat!
8. Gunting
– Hati-hati. Kalau boleh belikan anak anda gunting khas untuk kanak-kanak jika risau dengan keselamatan mereka.
9. Pensil
– Ambil satu atau dua kotak untuk disimpan sebagai persediaan. Selepas ini tak perlu susah-susah ulang alik ke kedai nak membeli yang baru.
10. Set Pensil Warna
– Jangan lupa untuk mendapatkan sekurang-kurangnya satu set pensil warna untuk kelas pendidikan seni mereka.
11. Pemadam
– Pemadam sifatnya selalu missing in action, jadi sediakan dalam dua atau tiga pemadam yang boleh disimpan dirumah.
12. Pengasah Pensil
– Pilih mata pengasah pensil yang tajam dan mempunyai kelongsong untuk membuang habuk pensil.
13. Gam
– Ini pun sama perangai dengan pemadam. Beli banyak-banyak tau!
14. Kalkulator
– Sebagai pemudah kaedah kira-kira untuk rujukan subjek Matematik.
15. Bekas alat tulis
– Kalau sudah lengkap pensil, pemadam, pengasah pensil, gam dan gunting. Jangan lupa bekas alat tulis pula, pilih bekas yang mempunyai ruang besar untuk menyimpan semua alat tulis tersebut.
16. Bekas bekal makanan
– Beli bekas makanan yang kedap udara, penutup kemas dan ruang meletakkan portion makanan yang berasingan.
17. Botol air
– Sediakan botol air untuk mereka kekal cergas dan sebagai penghilang dahaga. Pilih botol air 500ml hingga 1.5 liter sudah mencukupi.
18. Payung
– ‘Sediakan payung sebelum hujan!’ Cuaca di Malaysia ini tidak menentu kadangkala panas terik tidakpun hujan lebat. Jangan biar kesihatan mereka terjejas sepanjang sesi persekolahan, jadi belikan payung untuk mereka sebagai persediaan.
Barang untuk dibeli sudah tahu, tapi tempat untuk membelinya dimana?
Bermula 17 November ini pasaraya hebat Giant di seluruh Malaysia akan beri promosi khas sempena kempen ‘Giant Mission Back To School’. Segala kelengkapan sekolah dari head-to-toe lengkap boleh didapati di Giant. Menariknya, alatan sekolah yang disediakan oleh Giant kali ini eksklusif bersama francais filem Hollywood, Star Wars ‘Rogue One: A Star Wars Story™’.
Desin khas ini hanya boleh didapati di Giant sahaja, bagi anak-anak yang menggemarkan karakter dan filem Star Wars inilah masanya untuk bergaya ke sekolah dengan koleksi edisi terhad Rogue One: A Star Wars Story™. Sama hebat didalam filem, Star Wars dan Giant menyediakan koleksi ini dengan mengeluarkan set beg sekolah, alat tulis, botol air dan banyak lagi!
Istimewanya lagi, koleksi edisi terhad Star Wars ini juga bukan sahaja untuk anak-anak, malah bagi para ibu bapa yang juga meminatinya boleh turut sama berkongsi mengumpul koleksi aksesori Rogue One: A Star Wars Story™ seperti T-shirt, payung dan bagasi pakaian yang didatangi khas dari Giant.
Jadikan pengalaman hari pertama sekolah anak anda seronok bersama koleksi Giant Mission Back To School.
Senarai Harga Set Sekolah ‘Star Wars ‘Rogue One: A Star Wars Story™’.
Beg Sekolah Star Wars (RM39.90-RM79.90)
Bekas Alat Tulis Star Wars (RM11.90-RM19.90)
Set Alat Tulis Star Wars (RM19.90)
Buku Nota Star Wars (RM1-RM3.90)
Botol Air Star Wars (RM15.90-RM23.90)
Bekas Bekal Makanan Star Wars (RM29.90)
Patung Mini Karakter Star Wars (RM32.90)
Jualan ‘Giant’s Back To School’ pasti memudahkan anda dan anak-anak memilih pelbagai jenis kelengkapan sekolah seperti yang disenaraikan diatas. Jadi jangan lupa ke Giant bermula 17 November untuk mendapatkan koleksi barangan sekolah Star Wars ‘Rogue One: A Star Wars Story™’.
Selain itu, terdapat barangan eksklusif terpilih Rogue One: A Star Wars Story™ yang boleh ditebus apabila berbelanja di Giant. Jangan lepaskan peluang keemasan ini! Untuk maklumat lanjut, layari http://www.giant.com.my/
Selamat Kembali Ke Sekolah Bersama Giant!