Bedak asas atau foundation merupakan ramuan asas dalam solekan, tanpa bedak asas mana mungkin solekan itu menyerlah dan lengkap. Walaupun terdapat pelbagai jenis dan fungsi bedak asas dijual di kaunter kecantikan tapi masih ada yang belum dapat memuaskan hati dengan memberi kesan flawless dan tidak pecah.
Suka untuk Wanista maklumkan, kesan pecah dan tidak sekata bedak asas bukanlah berpunca dari kandungan bedak asas itu sendiri. Ia dari kesilapan teknik dan penggunaan bersama dengan produk lain seperti pelembab muka atau krim sunblock.
Kesan garis halus disekitar dahi, hidung dan pipi buat muka nampak lebih tua dari usia walhal itu dari kesan crack dari bedak asas. Malu bukan untuk berhadapan dengan orang ramai?
Didalam artikel ini, Wanista kongsikan kaedah untuk menghentikan kesan pecah bedak asas:
Primer
Jika anda seorang makeup-geek pasti sudah biasa mendengar perkataan ‘primer’. Primer ialah krim yang dipakai selepas krim pelembab. Fungsinya untuk menutup pori-pori dan meninggalkan kesan licin dikulit. Primer juga menghalang muka menjadi berminyak dan mengekalkan bedak asas. Jika dahulu Primer didatangi dari jenis krim, kini terdapat dalam jenis semburan, cecair serum dan serbuk.
Rutin Membersih Wajah
Untuk mendapatkan kesan solekan yang flawless, yang paling utama ialah dari rutin penjagaan dan membersih wajah. Tanpa membersih wajah yang berkala, sel kulit mati yang tertinggal akan menyebabkan solekan nampak kusam dan bercapuk. Nasihat Wanista, pastikan anda tidak tertinggal pembersih wajah, toner dan pelembab untuk penjagaan wajah yang lengkap.
Pilih Bedak Asas Mengikut Jenis Kulit
Senang sahaja untuk memilih jenis foundation yang sesuai, kenali masalah kulit anda. Jika anda memiliki kulit berminyak pilihlah foundation yang diformulasikan untuk kulit berminyak, begitu juga dengan jika kulit kering pilih yang khas untuk kulit kering. Pastikan anda beli yang bersesuaian dengan jenis kulit tau!
BACA: Cara Memilih Bedak Asas Yang Betul Untuk Wajah Anda
Sapuan Nipis
Ada yang menganggap pakai foundation tebal boleh menutup cela parut jerawat, jeragat. Silap! Makin tebal foundation, lebih tinggi risiko untuk solekan anda pecah dan bercapuk. Gunakan concealer untuk menutup bahagian cela. Sapuan nipis foundation tampak lebih natural dan menjimatkan juga..hehehe.
Teknik Aplikasi Sapuan
Sama ada menggunakan berus kabuki, span atau jari itu tidak menjadi masalah. Kunci utamanya ialah teknik aplikasi sapuan yang betul. Jika tidak disapu dengan betul, dalam beberapa jam kesan pecah dan garis halus akan muncul. Terapkan sapuan disebelah wajah dahulu kemudian bawa kesebelah lagi, setelah itu sapu seluruh ke bahagian leher dan rambut halus.
WAJIB ADA: 5 Jenis Berus Asas Yang Perlu Ada Dalam Beg Mekap
Tambah Setting Powder atau Loose Powder
Diakhir solekan tambahkan setting powder atau loose powder dikawasan berminyak. Cukup dengan sapuan nipis, jika terlebih sapu ia juga akan memberi kesan crack pada solekan. Hati-hati!
Campurkan Bedak Asas bersama Minyak Argan
Tidak ketinggalan juga Minyak Argan yang kini sudah banyak digunakan dalam teknik solekan. Tak percaya dengan kebaikan Minyak Argan? Nah..baca ‘Kelebihan dan Cara Penggunaan Minyak Argan’. Wanista pilih jenama Minyak Argan Emas Iflawless yang memang dicipta untuk kulit muka serta sesuai dicampur didalam foundation bagi mengekalkan solekan dan boleh diganti sebagai pelembab muka. Ramai jurusolek terkemuka Malaysia memilih Minyak Argan Emas Iflawless sebagai base solekan. Cubalah!
Relatekan teknik di atas untuk dapatkan solekan yang flawless. Bukan solekan sahaja flawless, kulit muka pun boleh makin cantik. Serius ni!