Bila bercerita tentang haruman, penulis teringat kembali satu filem genre misteri fantasi yang diterbitkan sekitar 10 tahun lalu berjudul Perfume: The Story of Murderer. Filem itu mengisahkan seorang lelaki berketurunan Perancis, dikurniakan dengan kebolehan luar biasa sejak lahir untuk menghidu semua objek yang ada dikelilingnya meskipun berada pada jarak jauh. Jean-Baptiste Grenouille kemudian bekerja sebagai seorang pembuat minyak wangi yang dikagumi namun menjadi terlalu obses sehingga bertindak mencipta haruman (minyak pengasih), diekstrak dari tubuh-tubuh perempuan tertentu yang telah dibunuh terlebih dahulu.
Haruman atau minyak wangi telah dicipta sejak zaman Mesopotamia lagi. Mengikut sejarah Islam juga, haruman adalah sunnah yang pernah disebutkan Rasulullah:-
“Mandi pada hari Jumaat adalah wajib bagi kaum laki-laki yang telah cukup umurnya (baligh) dan memberus giginya dengan Miswaak (sugi) serta menggunakan wangi-wangian.”
BACA: TIPS! CARA BUAT HARUMAN MINYAK WANGI KEKAL SEPANJANG HARI
Zaman semakin moden, pelbagai jenis haruman yang diserikan dengan variasi aroma mudah untuk didapatkan di mana-mana. Tidak seperti zaman barat dahulu di mana hanya individu berstatus sahaja yang mampu memiliki minyak wangi.
Justeru, khas buat anda yang gemar mengumpul minyak wangi, ini Wanista senaraikan 18 haruman yang beraroma bunga ros terbaik!
#1 Annick Goutal Rose Absolue
Menampilkan keperibadian Annick Goutal sebenar, wangian ini mengandungi 6 jenis pati bunga ros pelbagai jenis yang disunting dari barat dan timur, termasuklah bunga Ros Turki yang sangat popular kerana aromanya yang sungguh menawan. Untuk si jiwa feminin, anda mungkin perlukan ini.
#2 Bulgari Rose Goldea
Wangian dari Bulgari ini baru sahaja dilancarkan Julai lepas, elegen dengan campuran floral bunga-bungaan eksotik seperti Ylang-Ylang, Jasmin serta Neroli. Selain itu, Mawar juga menjadi salah satu nota utama dalam haruman mewah ini diselangi rembesan Musk asli. Terdapat dalam saiz botol 50ml dan 90ml.
#3 Coach eau de Parfum
Diinspirasi dari gaya hidup kota New York, ia menggabungkan sensasi wangian Ros Turki yang kemudiannya akan berakhir dengan nota bauan aroma Musk. Rekaan botol mewah yang didampingi rantai label ikonik logam berlapik kulit jenama Coach itu adalah setanding dengan kualiti wangian yang dihasilkannya.
#4 Bath & Body Works Mad About You
Salah satu semburan wangian kegemaran penulis. Jika anda sukakan haruman jenis manis dan floral, ini adalah pilihan yang tepat untuk anda. Bahkan, harganya juga mampu milik. Wangian kasual ini akan lebih menyerlah jika anda lapiskan ia bersama losen dari rangkaian yang sama. Sesuai untuk remaja berjiwa romantis dan feminin.
#5 L’Occitane Arlésienne Eau de Toilette
Berjaya menambat hati wanita yang bersifat elegen dan misteri, Arlésienne ternyata mampu memberikan rangsangan optimum kepada sesiapa yang menghidunya. Wangian eksklusif dari L’Occitane ini diperkaya dengan ramuan bunga-bungan Ros, Safron serta sejenis bunga berwarna ungu yang digelar Sweet Voilet.
BACA: TIPS BERGUNA! KIUB AIS BERISI BUNGA ADALAH RAHSIA KECANTIKAN MUJARAB
#6 Jo Malone Red Roses Cologne
Wangian ciptaan jenama popular dari London ini adalah berlandaskan campuran 7 jenis bunga mawar yang paling gah di dunia. Ia kemudiannya digabung dengan dedaun bunga Voilet yang siap dihancurkan bersama sedikit rembesan Lemon. Jika anda memakai wangian ini, ia ibarat anda memakai kalung Ros yang baru sahaja dipetik dari taman. Baunya segar, malah sungguh mengujakan.
#7 Lancôme Trésor Midnight Rose
Baunya manis diselangi aroma pedas menarik hati. Tresor Midnight Rose mampu menyumbang sensasi seksi kepada si pemakai. Diadun pula bersama kelopak Mawar, Raspberi, Peony dan Jasmin dengan cara yang paling sofistikated. Nota bauan paling bawah pula disertai haruman Vanila, Kayu Aras dan Musk.
#8 Issey Miyake L’Eau d’Issey Florale
Haruman yang berupa semerbak ros mekar nan segar. Wangian ini menampilkan sisi-sisi natural berupa floral lembut yang diiringi rembesan limau Mandarin. Sangat moden untuk wanita gemalai masa kini yang sentiasa mengikuti perkembangan trend semasa!
#9 Yves Saint Laurent Parisienne
Satu lagi pilihan haruman feminin moden, Yves Saint Laurent Parisienne memberi peluang kepada si pemakainya untuk mencari cinta sejati. Berjiwa feminin, sensual dan misteri, ia disertai Blackberry, Ros Merah serta Kayu Cendana.
#10 Dolce & Gabbana Dolce Rosa Excelsa
Rekaan botol yang menarik dari Dolce & Gabbana ini tidak pernah gagal menggamit hati dan jiwa wanita yang melihatnya. Keasyikkan daun Neroli dan Betik dapat dihidu sebaik disembur ke kulit yang kemudiannya lantas berubah menjadi aroma Teratai, Daffodil Putih, Ros Turki serta African Dog Rose sebelum aroma Musk Kashmir dan Kayu Cendana mula menyambar deria bau.
#11 Acqua Di Parma Rosa Nobile
Bagaikan seorang puteri raja, ciptaan wangian istimewa ini seolah meraikan kehebatan mawar. Sungguh halus dan mesra.
#12 Cartier Eau de Cartier Goutte de Rose
Dilancarkan pada 2013, wangian ciptaan jenama barang kemas tersohor ini menampilkan bau-bauan floral kasual yang merangkumi Ros Asli, Vanila, Kayu-Kayuan serta Amber. Ia sesuai untuk dijadikan hadiah buat yang tersayang kerana aroma rosnya agak mengancam umpama jambangan ros segar yang dibeli di kedai bunga!
#13 Chloé Roses De Chloé
Satu lagi kegemaran penulis adalah Chloé Roses De Chloé -gambaran haruman floral sebenar. Wangiannya sangat segar, dilitupi Bergamot sebagai nota bauan paling atas yang kemudiannya disertai aroma Ros Damascena serta Bunga Magnolia.
#14 Crabtree & Evelyn Rosewater
Antara wangian beraroma klasik pilihan ramai wanita, setiap satu botol umpama mengandungi 100 keping kelopak Ros Centifolia asli. Aromanya pula sungguh segar dan asli seperti si pemakai berada dalam alam fantasi yang nyata mendamaikan!
#15 Tom Ford Private Blend Café Rose
Wangian hip ini khusus untuk kedua jantina lelaki dan wanita. Ia mula dilancarkan pada 2012 disertai 3 jenis ros liar yang digabung bersama kopi gelap.
#16 Diptyque Eau Rose
Jarang untuk menggabungkan aroma ros dengan buah-buahan eksotik namun Diptyque Eau Rose berani tampil dengan olahan wangian Ros Klasik yang diramu mesra bersama Laici. Ia turut diserikan dengan rembesan madu dan Kayu Aras!
#17 Elie Saab Le Parfum Rose Couture
Seperti rekaan dress jahitan tangannya yang mempersona, Elie Saab mencipta wangian ini menggunakan nektar Mawar, Jasmin, Bunga Jingga, Kayu Cendana, Patchouli dan beberapa lagi bunga-bungan lain.
#18 Rose Caramel Victoria`s Secret for Women
Seksi dan nakal! Rose Caramel oleh jenama pakaian dalam mewah Victoria’s Secret ini baru dilancarkan tahun ini, menampilkan nota bauan ros, jasmin serta aroma manisan karamel.
BACA: CARA MEMBUAT AIR MAWAR UNTUK KULIT CANTIK BAGAI PUTERI JAWA