Wall’s Paddle Pop dengan kerjasama Legoland Malaysia Resort meraikan Hari Kanak-Kanak Sedunia dengan menganjurkan ‘Paddle Pop Fun Challenge 2016’ buat julung kalinya untuk 130 orang anak-anak yatim dari tujuh buah rumah kebajikan dari Johor. Sesuai dengan slogan ‘Let Kids be Kids’, acara ini diadakan bagi membawa keriangan kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik.
Acara sambutan itu dimulakan dengan persembahan tarian bertenagan bersama singa Paddle Pop, pertandingan teka-teki dan replika cabaran memadam kebakaran. Kanak-kanak tersebut turut berpeluang merasai keseronokan menaiki permainan LEGO NINJAGO The Ride – tarikan terbaru yang terhebat di LEGOLAND Malaysia Resort, dan akhir sekali menyerlahkan daya kreativiti mereka dengan membina struktur bangunan impian mereka menggunakan batang serta pembalut aiskrim Paddle Pop. Mereka juga dihiburkan dengan persembahan muzik, makanan dan hadiah-hadiah menarik.
Pada tahun 2014, Paddle Pop dan LEGOLAND berjaya memecahkan rekod Malaysia Book of Records untuk ‘Lukisan Terbesar yang Dihasilkan oleh Kanak-Kanak’. Inisiatif untuk tahun ini memberi tumpuan dalam menggalakkan kanak-kanak menjadi diri mereka sendiri sambil menikmati pelbagai aktiviti menyeronokkan bersama Paddle Pop di LEGOLAND. Tahun ini semuanya adalah mengenai kanak-kanak ini dan memastikan mereka mendapat manfaat daripada hari yang penuh dengan kegembiraan dan keriangan dengan permainan-permainan yang merangsang imaginasi dan mencetuskan keseronokan pada diri mereka serta pertandingan yang menggalakkan mereka untuk bersaing secara sihat.
Kanak-kanak yang menyertai Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia bersama Paddle Pop dan LEGOLAND Malaysia Resort berusia antara 6 hingga 15 tahun. Mereka merupakan penghuni rumah-rumah anak yatim dari pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Mersing, Agape Shelter Kluang, Pertubuhan Kebajikan Shan De Johor Bahru, Pusat Kebajikan Kalvari Johor, Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Kota Tinggi, Pusat Kebajikan Care Haven Johor dan Grace Manna Home.