Sebelum ini, pelakon cantik molek Nora Danish dikritik berkaitan isu Lembaga Hasil Dalam Negeri, terkini gaya terbaharu tudung keluarannya yang dikenali sebagai Owl Ezip menjadi perbualan ramai kerana rekaannya disifatkan ramai sebagai pelik.
Keistimewaanya, rekaan Owl Ezip boleh dizip di bahagian tengah wajah. Kerana itu, netizen khususnya tidak faham fungsi rekaan tudung itu dan mempersoalkan keperluan zip berkenaan.
Untuk menjernihkan keadaan, Nora Danish tampil memberi penjelasan tentang cara pemakaian tudung keluarannya itu. Menerusi laman Instagram, Nora turut membuat tutorial pemakaian tudung tersebut.
Dalam kapsyen pada video itu, Nora menjelaskan, tudung berkenaan direka untuk mereka yang mahukan kelainan, selain memudahkan dalam situasi-situasi seperti tidur ketika dalam kenderaan atau penerbangan.
Tambah Nora lagi, setiap orang punya pilihan dan citarasa masing-masing dan sebagai sebuah jenama fesyen, tugasnya adalah memenuhi citarasa yang pelbagai itu.
Apa pandangan anda tentang tudung Nora ni?