Berada di lebih 22 buah bandar di Eropah, buat pertama kalinya aplikasi ResQ Club dilancarkan di benua Asia, Malaysia.
Saban hari, lebih 15,000 tan bahan makanan yang terbuang di Malaysia dan dalam angka itu pula, 3,000 tan masih boleh dimakan. Bukankah itu membazir? Oleh itu, ResQ Club bangkit untuk menyedarkan masyarakat serta mengurangkan pembuangan makanan secara tidak terancang.
ResQ Club kini berjaya untuk berkolaborasi bersama 30 buah restoran dan gerai makan terpilih sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang.
ResQ adalah sebuah aplikasi mudah-alih, bisa dimuat turun oleh peranti IOS dan Android yang membolehkan penggunanya mengesan lokasi restoran mahupun gerai makan berkualiti yang terlibat, di mana mereka kemudian boleh membeli makanan dengan harga yang murah agar ia tidak terbuang begitu sahaja. Selain mengelakkan pembaziran, ResQ Club juga mempunyai matlamat untuk menyelamatkan alam sekitar sekaligus bumi dari pencemaran bahan buangan yang terlampau.
Pengguna dikatakan akan menerima notifikasi segera berkenaan lokasi dan nama restoran yang terlibat setiap hari di samping senarai makanan dan snek pilihan yang serasi dengan tetapan diet mereka. Apa yang lebih memudahkan, pengguna boleh menetapkan di bahagian tetapan atau ‘settings’ berkenaan jarak perjalanan serta lokasi kegemaran mereka. Aplikasi ini seterusnya akan membantu anda untuk mendapatkan makanan kegemaran dalam sekelip mata. Selain kenyang, anda juga bakal menyelamatakan lebihan makanan dari terbuang!
Sebagai cara lain, pengguna boleh juga membuat tempahan dan membeli makanan lebihan pilihan mereka secara langsung melalui aplikasi. Sejurus sampai di destinasi, mereka hanya perlu tuntut sahaja pesanan makanan tersebut. Menjimatkan masa!
Untuk keterangan lanjut, sila layari resq-club.com
Jika berminat, anda sudah boleh mula memuat-turun aplikasi ResQ Club sekarang:-
Pautan untuk pengguna Android: [KLIK]
Pautan untuk pengguna iOS: [KLIK]