Fesyen, Gossip, Hiburan

Eksklusif 5 Minit Bersama Pria ‘Mr.Pilot’ Si Fattah Amin

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Eksklusif 5 Minit Bersama Pria ‘Mr.Pilot’ Si Fattah Amin

Sensasinya selebriti lelaki seorang ini apabila berjaya melakonkan watak sebagai seorang juruterbang kacak yang pada akhirnya berjaya menawan hati wanita bernama Warda Erina.

IKLAN

Beberapa minggu sudah, koleksi kolaborasi antara pereka hip Far8 bersama dengan Fattah Amin selamat dilancarkan. Koleksi kasual itu menggabungkan kesinambungan konsep selesa dan ringkas namun bergaya sekaligus terdiri dari helaian yang berbentuk Baju-T Polo, Kurta, Jaket, Baju Panas, Seluar Jogger dan banyak lagi! Dalam pada itu sempat juga penulis merungkai beberapa soalan peribadi kepada Fattah.

Nak tahu apa jawapan Fattah apabila ditanya tentang status hubungannya bersama Neelofa? Jangan segan untuk skrol ke bawah okay?!

#1 Signifikan Koleksi Fattah Amin x Far8 Dengan Diri?

Lazimnya koleksi musim ini adalah berasaskan gaya dan fesyen yang saya sendiri minat hendak pakai. Paling penting adalah keselesaan dan nampak bergaya dalam masa yang sama meskipun ringkas. 

IKLAN

#2 Sejak Bila Rancang Untuk Berkolaborasi Bagi Melahirkan Koleksi Fesysen?

Sebenarnya ini adalah kali kedua saya bekerjasama dengan Far8 @ Atelia Amani untuk mengeluarkan rangakaian fesyen kolaborasi selepas rangkaian Kurta Amani menjelang lebaran yang lepas.

#3 Apakah Sumbangan Fattah Terhadap Koleksi Kali Ini?

Dari rekaan sehingga ke pemilihan fabrik, tentulah saya ada masuk campur tangan. Bagaimanapun, saya dan Far8 sendiri sememangnya mempunyai taste yang sama. Jadi jika saya mahupun sesuatu, Far8 turut akan tunduk setuju. Kami tiada masalah untuk berkerjasama, bahkan ia memudahkan kerana kami sentiasa mempunyai persefahaman.

#4 Adakah Fattah Pernah Terfikir Untuk Melahirkan Jenama Pakaian Sendiri Selepas Ini?

Belum lagi. Buat masa ini banyak lagi perkara yang harus difokuskan terutamanya kepada bidang lakonan serta kafe yang baru dibuka.

#5 Projek Terkini?

Sibuk dengan shooting drama bersiri baru Bayangan Emilia arahan Pekin Ibrahim, proses memindahkan lokasi gimnasium di tempat lain serta menguruskan Stalkercafe by Fattah Amin.

#6 Ramai Tidak Tahu Yang Fattah Sebenarnya Masih Belajar, Ceritakan Sedikit?

Sebenarnya tak ada apa-apa pun yang perlu saya canangkan. Saya menyambung pengajian Ijazah dalam bidang Industri Kreatif dan mengambil mod mengajian e-PJJ (Pengajian Jarak Jauh). Lazimnya kelas ini adalah kelas khas merangkumi subjek yang benar-benar fokus pada industri seni dan kreatif. Ada juga selebriti lain menyertai saya dalam kelas tersebut. Sebab itu saya agak sibuk sekarang.

#7 Tentang Kafe Milik Fattah & Keluarga?

Stalkercafe by Fattah Amin yang terletak di Kota Damansara. Kafe ini adalah perniagaan yang baru saya ambil-alih dari keluarga. Kafe ini memang fokus kepada makanan dan masakan ala barat yang berkonsepkan hipster. Alhamdulillah, sejak kemunculan saya di kaca televisyen dalam drama bersiri Suri Hati Mr.Pilot, Kafe saya memang penuh. Sambutan sangat-sangat menggalakkan meskipun baru sahaja dibuka kurang lebih sebulan.

#8 Perasaan Bila Orang Mengenali Anda Sebagai Ejaz Fakhri?

Berbangga dan tersentuh. Saya anggap itu sebagai platform untuk saya memajukan diri dalam bidang ini. Bukan mudah sebenarnya orang hendak ingat kita dan nama watak kita kerana sebagai pelakon, banyak watak yang kita lakonan. Bila orang ingat, bermakna orang hargai kita. Ke mana sahaja kita pergi, orang akan kenal dan ingat kita dan itu merupakan sebuah kejayaan yang berharga. Tambahan, kejayaan yang saya kecapi hari ini adalah sokongan dari semua, peminat malah krew-krew dan para pelakon yang terlibat dalam pembikinan Suri Hati Mr.Pilot sendiri.

#9 Ada Ke Lagi Sambungan Untuk Suri Hati Mr.Pilot?

Itu berada dalam di luar bidang kuasa saya. Buat masa ini saya belum dengar apa-apa perancangan lagi dan penamatnya memang di sini sahaja. Setahu saya, tidak akan ada sambungan untuk Suri Hati Mr.Pilot.

#10 Adakah Anda Akan Digandingkan Bersama Neelofa Lagi?

Itu bergantung. Bergantung kepada stesen televisyen dan bergantung kepada pihak produksi kerana mereka yang membuat pemilihan pelakon untuk sesebuah drama. Seperti saya sendiri, sebagai seorang pelakon, jika ada tawaran yang baik dengan sesiapa saya digandingkan sekalipun saya akan terima dan buat yang terbaik.

#11 Fattah Sendiri Mengaku Yang Neelofa Miliki Ciri Perempuan Idaman, Jadi?

Doakan yang baik-baik. Kami masih berkawan seperti biasa, saya baru sahaja berpisah dan buat masa ini saya belum terfikir untuk mengikat semula percintaan dengan sesiapa. Tetapi, saya masih lagi berhubung dengan Neelofa, atas sebab-sebab tertentu yang berasaskan tuntutan kerja kerana ramai klien ingin mengambil kami berdua bagi menjayakan beberapa projek.

#12 Ramai Peminat Suka Andainya Fattah Bercinta Dengan Neelofa Diluar Set?

 Saya tahu ramai peminat yang masih tidak boleh move on dengan hubungan kami di dalam drama dan masih mahu melihat kami begitu di luar, saya rasa perkara itu membuatkan saya lagi dihargai. Saya cuma berharap peminat dan penyokong akan doakan yang baik-baik untuk kami. Tidak adil rasanya jika saya mengeluarkan apa-apa kenyataan kerana Neelofa tidak berkata apa-apa tentang ini. 

#13 Kenapa Fattah macam Malu-Malu Bila Diajukan Soalan Begini?

Janganlah macam ni… (ketawa kecil). Doakan yang baik-baik. Saya memang selesa berganding dengan Neelofa, jadi lakonan kami itu sampai. Ini kali pertama saya berkerjasama dengan Neelofa tetapi chemistry kami sangat kuat, kami satu kepala.

#14 Neelofa Agak Manja Dengan Anda, Apa Komen?

Saya sedar. Itu saya tak boleh nak nafikan. Bukti semua ada, dari video orang semua boleh nampak. (speechless)

Hmm jadi yeke tak ada apa-apa ni? 

Motif Neelofa tersasul panggil Nabil ‘baby’? Eh, macam dah ada ‘peneman’ je… :)

https://www.instagram.com/p/BM3t_S5DGBA/?tagged=lofattah&hl=en