Pernah menjadi sensasi suatu ketika dahulu, koleksi kaca mata pujaan ramai ciptaan PRADA kini kembali menyaksikan tiga lagi rekaan terbaharu melalui koleksi Minimal Boraque setelah 5 tahun menjadi aksesori hebat yang menghiasi wajah peragawati di pentas peragaan.
Menggabungkan dua sinergi utama antara tradisi dan inovasi, Prada mara untuk terus mewujudkan sebuah kelainan yang pastinya menerapkan elemen kecantikan serta keberanian. Minimal Boraque adalah kaca mata yang versatile dan sempurna untuk semua wanita berjiwa besar.
Ia mula dilancarkan pada tahun 2011, lengkungan kerawang yang menghiasi bingkai Minimal Boraque menarik jiwa kerana bersifat sensual dan bld dalam masa yang sama.
Era Boraque adalah di mana gaya seni bina, muzik dan kesenian tradisi Eropah pada abad ke-17 dan ke-18.
Setiap satu rekaan terkini Minimal Boraque disisip dengan motif kerawang indah dan mewah.
SPR 07T
Diterap dengan perincian kepingan logam yang diserikan pada lensa bersaiz besar dan keliling bingkai -menyerlahkan lagi sisi jiwa eksentrik Minimal Boraque. Terdapat dalam pilihan rina natural seperti hitam, tortoise (jingga keperangan yang bertompok hitam) serta putih gading gajah.
SPR 23N
Rekaan ikonik Minimal Boraque original. Lensanya berbentuk bulat manakala kerawang minimal terletak di bahagian penjuru tangkai bingkai. Reka bentuk yang ini menyerlahkan efek bayangan hitam. Terdapat dalam rona kombinasi tortoise dan hitam (seperti di dalam gambar), merah mahupun putih gading gajah.
SPR 08T
Serlahkan musim ini dengan gaya sofistikated melalui penggayaan drastik seperti kaca mata elegen dari koleksi Minimal Boraque SPR 08T. Ia mengekalkan elemen klasik, lensa yang besar dan diceriakan pula dengan mainan garisan kerawang pada keseluruhan bahagian kaca mata. Alunan kerawangnya seolah hidup, rekaan unik ini juga terdapat dalam pilihan rona merah, putih gading gajah, tortoise dan hitam.
Koleksi istimewa Minimal Boraque telah pun berada di pasaran 8 November lepas menerusi butik Prada serta pengedar kaca mata mewah terpilih seluruh Malaysia.
Untuk keterangan lanjut, sila layari www.luxottica.com/prada