Berita & Isu Semasa, Kesihatan

Mahu Badan Sasa, Remaja Makan 6 Biji Telur Waktu Rehat

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Mahu Badan Sasa, Remaja Makan 6 Biji Telur Waktu Rehat

Seorang pelajar lelaki sanggup menikmati enam biji telur mentah ketika waktu rehat di sekolah demi memiliki badan sasa.

Apa yang dilakukan Muhamad Fauzan Abdul Rashid,17, itu ternyata berhasil walaupun terpaksa mengambil tempoh sehingga empat tahun selain menghabiskan masa selama tiga jam sehari di gimnasium.

“Saya makan mentah-mentah telur itu. Ramai yang pelik, tetapi itu yang saya lakukan untuk mendapatkan badan seperti ini,” katanya seperti dilaporkan Harian Metro.

“Saya mengambil masa empat tahun untuk mendapatkan badan ‘sado’ dan idola saya adalah Sazali Samad.”

Sumber: Facebook/Kelab Info Malaysia
Sumber: Facebook/Kelab Info Malaysia

Baca lagi disini [LINK]

Fauzan berkata walaupun tubuhnya berotot besar, namun ia hanya untuk kepuasan diri dan bukannya modal memikat gadis.

Katanya, aspek pemakanan amat diutamakan agar badan kelihatan sasa dan otot berketul-ketul.

“Saya sudah lali [biasa] orang kata saya kuat berangan dan mahu menunjuk terutamanya pada perempuan. Bagaimanapun, selepas badan sado ada juga perempuan terpikat.

“Namun, saya bina badan bukan untuk menunjuk tetapi untuk kepuasan diri kerana saya terlampau obses untuk ‘sado’,” katanya lagi.

Kisah Fauzan viral di Facebook selepas pelajar sebuah sekolah di Tanah Merah, Kelantan itu mengenakan baju sekolah sambil menunjukkan otot.

Ia menjadi perbualan netizen kerana umurnya yang muda sudah memiliki badan seperti ahli bina badan profesional.

SUMBER

Leave a Reply
Your email address will not be published. *