Sebagai jenama kasut ikonik yang telah sebati di dalam kehidupan orang Amerika, Cole Haan musim ini tampil dengan koleksi Krismas yang lebih meriah! Selain untuk menambah koleksi bagi si penggemar kasut, ia juga boleh dijadikan bingkisan istimewa buat yang tersayang.
Lelaki mahupun wanita, kasut tetap menjadi aksesori yang akan digayakan saban hari sebagai peneman busana indah nan mempersona. Bertepatan dengan koleksi Krismas dari Cole Haan, setiap satu rekaan mempunyai ciri dan gaya yang tersendiri. Diterap dengan rona metalik menonjol, perincian tumit kasut yang tinggi dan banyak lagi.
Untuk koleksi Krismas Cole Haan 2016, terdapat 3 koleksi pilihan khas termasuklah GrandRevølution, 2.ZerøGrand dan ZerøGrand.
GrandRevølution seolah meniup nafas baru terhadap rekaan kasut formal untuk lelaki dan wanita. Ini adalah untuk mengetengahkan gaya kasut formal yang lebih moden dan selesa, dibuat pula menggunakna kepakaran kejuruteraan yang berkualiti agar hasilnya lebih unik. Bukan itu sahaja, koleksi istimewa ini turut ditemani sokongan teknologi GRAND.ØS iaitu padat dengan kusyen, lebih ringan, mampu bernafas malah fleksibel.
2.ZerøGrand adalah koleksi yang dihimpun menurut kesinambungan warisan ketukangan hebat, diselit pula bersama fungsi prestasi rekaan. Ia dicipta khas untuk si girang yang mengejar kehidupan urban.
2.ZerøGrand menampilkan rekaan sepatu Oxfords yang memperlihatkan sinergi atletik serta keselesaan. Terdapat pilihan untuk si pria mahupun wanita, rekaan 2.ZerøGrand menggunakan teknologi Grand.OS pastinya sungguh ergonomik untuk membekalkan keselesaan optimum sepanjang hari.
ZerøGrand distruktur dengan picisan material kulit yang paling berkualiti. Bahkan ia juga diperincikan dengan motif jahitan serta keselesaan kusyen yang memanfaatkan teknologi Grand.ØS.
Rangkaian Wingtip Oxford ini adalah salah satu sepatu kasual yang sangat ringan di pasaran. Terdapat pilihan untuk wanita serta lelaki.
Jika berminat, kunjugi butik Cole Haan di alamat:-
- Pavilion KL Shopping Mall, Lot 5.01.08 Aras 5
- The Gardens Mall, Lot F-229 Tingkat 1
Atau lawat laman Facebook rasmi Cole Haan Malaysia di www.facebook.com/colehaan.my