Cemburunya melihat kulit wajah Park Shin Hye, IU, Girls Generation, putih bersih. Penulis pun inginkan kulit sebegitu tapi kusut memikirkan bertapa banyak produk yang mereka gunakan untuk rejim kecantikan seharian.
Nahhh semuanya boleh diatasi dengan ‘AIR’ rahsia ini!
Micellar Cleansing Water merupakan rahsia kecantikan wanita Perancis tetapi ia juga semakin mendapat tempat untuk wanita Asia. Irene Kim, model hebat dari Korea Selatan yang juga fashion influencer menjelaskan Micellar Water merupakan produk magik yang mesti dimiliki. Bahkan, produk ini menjadi pilihan di dunia kecantikan sekarang, terutama sejak para mekap artis menggunakannya untuk menghapuskan solekan tebal.
Tapi sebelum itu, anda biasa mendengar tentang Micellar Cleansing Water?
Micellar Water mengandungi micelles yang merupakan molekul kecil dengan tekstur seperti air yang dapat mengangkat debu, kotoran, dan sisa-sisa mekap bahkan juga kulit nampak lebih berseri dan kemasan terhidrat sentiasa bak gadis Kpop yang wajahnya glowing sepanjang waktu. Semua jenis kulit boleh mendapat manfaat daripada Micellar Water tetapi mengesyorkan untuk mereka yang mempunyai kulit kering, sensitif atau berjerawat.
Mungkin ada yang terfikir, apa bezanya dengan make up remover dan apakah masih perlu memakai pembersihan wajah lagi?
Beberapa produk make up remover yang berbahan dasar minyak atau alkohol kadang-kala mempunyai kesan sampingan bila tidak digunakan pada jenis kulit yang betul. Pembersihan wajah yang berbahan dasar minyak akan menyebabkan kulit wajah berisiko menimbulkan jerawat. Manakala, pembersih wajah yang mengandungi alkohol juga mempunyai kecenderungan untuk membersihkan, namun berisiko mengangkat minyak semula jadi kulit wajah. Micellar Water adalah penyelesaian gabungan pembersihan dengan pelembap yang tidak mengandungi alkohol dan tidak berminyak untuk membersihkan mekap wajah.
Tidak hanya dengan itu, walaupun teksturnya seperti air, Micellar Water terbukti mampu mengangkat sisa mekap dengan bersih, ia juga tidak mengandungi alkohol, boleh digunakan pada kawasan yang lembut seperti mata malah, sifatnya seperti double cleansing memudahkan kita yang kadang-kala tidak sempat mencuci muka pada malam hari.
Paling penting double cleansing atau cucian berganda adalah langkah pertama untuk mendapatkan kulit bak selebriti Kpop. Hari ini, ramai di antara wanita Korea mencuci muka dua kali kerana rasa tidak lengkap jika mencuci muka sekali tetapi dengan kehebatan ‘Air’ ini, anda boleh menjimatkan masa.
Pilihan Wanista, Garnier All-in-one Micellar Cleansing Water – pembersih wajah berformula tanpa bilas mampu membersih serta menghilangkan kotoran wajah dalam hanya satu sapuan sahaja. Kalau anda membersih muka dua kali, biarlah produk ini menjadi produk kedua yang anda gunakan. Ia akan bertindak sebagai toner dan anda hanya perlu melembapkan muka selepas mencuci. Paling menyeronokkan, apabila anda tidak dapat akses kepada air bersih seperti jarak jauh penerbangan dan perkemahan, inilah ‘magik’ yang menyelamatkan anda.
Jadi, kenapa perlu bersusah payah untuk mencuci muka banyak kali sedangkan anda boleh mendapatkan manfaat yang sama dengan Micellar Water bahkan kulit wajah boleh menjadi sebersih seperti IU, Sandara Park, Park Shin Hye dan ramai lag.
Bukan itu sahaja, sehingga akhir Disember 2016, harga untuk saiz 125ml hanya RM9.90, harga normal RM14.50. Jadi, dapatkan sekarang kalau nak kulit wajah bak selebriti Kpop.