Kebanyakan wanita idamkan lelaki perkasa untuk dijadikan pasangan hidup. Malah kebanyakan lelaki juga mahukan tubuh badan tegap bak abang sado agar nampak macho apabila berdepan dengan wanita yang disukainya.
Kajian daripada para saintis antarabangsa mendedahkan bahawa janggut yang dijaga rapi membuatkan orang lelaki kelihatan lebih menarik di mata kaum wanita.
Ini sekali gus menyerlahkan lagi tahap kelelakian atau kejantanan yang lebih tinggi berbanding kaum Adam wajah licin tanpa langsung ada janggut waima sekelumit atau lazim juga disebut sebagai muka jambu.
Penemuan itu mungkin memberi sedikit penjelasan kenapa sebahagian besar selebriti lelaki antarabangsa memilih untuk pelihara janggut, termasuk Leonardo DiCaprio, George Clooney, Brad Pitt dan David Beckham.
Tetapi lain pula di Jepun, pembekal telekomunikasi DoCoMo Minna no Koe yang menjalankan kajian dan melalui 7940 jawapan yang diberi, ini antara bahagian tubuh lelaki paling menawan pilihan wanita Jepun. Apa dia agaknya?
Okay, kita mulakan dengan nombor 10 sehinggalah 1.
#10 – Gigi (Sebanyak 86 undian)
Siapa yang tak sukakan lelaki dengan barisan gigi putih dan bersih, lebih-lebih lagi bila mereka tersengih apatah lagi tersenyum memandang anda. Wow!!!
#9 – Kaki (131 undian)
Lebih-lebih lagi pada kaki yang panjang. Siapa yang tak suka pada lelaki tinggi?
#8 – Perut (190 undian)
Tak kisahlah perut boroi, buncit atau yang 6 packs, mana-mana pun boleh. As long as anda happy dengan partner sudah.. 🙂
#7 – Adam Apple/Halkum (200 undian)
Okay ada juga wanita yang sukakan halkum. Tapi ramai beranggapan lelaki berhalkum nampak kacak dan segak. Mungkin kot? Anda pula bagaimana?
#6 – Punggung (415 undian)
WOW ini sangat seksi. Punggung yang leper atau berisi pilihan anda?
#5 – Bahu (593 undian)
“I need somebody to lean on”. Sedangkan lirik lagu turut menekankan kepentingan bahu kepada seorang wanita. Jadi, lelaki dengan bahu yang bidang mempunyai kelebihan.
#4 – Dada (1073 undian)
Dalam bancian ini tidak menunjukkan dada bagaimana pilihan wanita tetapi lihat sahaja peratusan undian kita tahu bertapa pentingnya dada untuk wanita.
#3 – Mata (1292 undian)
Orang kata “dari mata turun ke hati”, betul ke? Ya betul. Malah melalui kajian dari The University of Aberdeen yang mengatakan bahawa melakukan hubungan mata dan senyuman akan membuat seseorang menjadi lebih menarik.
#2 – Lengan (1794 undian)
“We all need a nice pair of arms to hold us close dan keep us warm” – rata-rata ini alasan mereka.
#1 – Tangan (2167 undian)
Pada mereka kalau semakin berurat, maksudnya lelaki berkenaan memang kuat bekerja, nampak ciri kelakian di situ. Anda rasa apa pula?
Ini pilihan wanita Jepun, mungkin anda punya kriteria yang berbeza. Apapun tepuk dada tanya selera..:D