ISETAN The Japan Store kini dibuka kepada Rakyat Malaysia sejak 27 Oktober yang lalu. Berada didalam pusat membeli-belah terkemuka Lot 10 di Jalan Bukit Bintang pasti menarik perhatian orang ramai untuk berkunjung. ISETAN The Japan Store telah membuat perubahan baru dengan menyediakan 6 aras yang mengetengahkan pelbagai aspek untuk memperkenalkan gaya hidup Jepun kepada pelanggan.
Setiap sudut di The Japan Store ini, pelanggan akan diberi layanan hospitaliti seperti berada di Jepun. Bukan sahaja dapat membeli malah pelanggan juga ditawarkan dengan pelbagai info mengenai Jepun dari kisah sejarah sehinggalah arus pemodenan teknologi.
GF THE MUSEUM – alami Jepun sebenar
Aras bawah The Japan Store bagi anda yang ingin inspirasi fesyen gaya Jepun. Terdapat juga pelbagai pameran seni dan alat teknologi.
1F THE STUDIO – dunia fesyen tiada henti
Ruang aras pertama ini menjadi hub khas yang memperkenalkan trend fesyen Jepun dari zaman dahulu sehingga lah ke era Harujuku yang menjadi ikutan penggemar fesyen seluruh dunia.
2F THE ROOM – kenali gaya hidup Jepun
Buat anda yang pernah tertanya-tanya tentang cara penjagaan kecantikan dan kesihatan masyarakat Jepun, singgah di aras dua The Japan Store. Bukan setakat itu sahaja, anda juga berpeluang mendapatkan barangan yang menjadi gaya hidup mereka.
3F THE CUBE – alami pengalaman budaya Jepun
Berbeza dengan konsep butik membeli-belah yang lain, The Japan Store menyediakan ruang khas di tingkat 3 untuk pengunjung mempelajari lebih mendalam tentang budaya Jepun. Mengetengahkan zon “feel”, “know” dan “create” yang akan memberi stimulasi minda dan fizikal melalui pengenalan dan pengalaman budaya Jepun.
4F THE TABLE – jamu selera dengan hidangan asli Jepun
Sushi, yakitori, tonkatsu, yakiniku dan banyak lagi hidangan Jepun anda boleh nikmati di aras empat. Dari enam buah restoran eksklusif yang menyediakan masakan asli dan original dari negara matahari terbit itu.
LGF THE MARKET – kenali makanan mengikut musim di Jepun
Tidak cukup di aras empat, anda boleh tambah selera dengan aneka makanan Jepun di aras lima yang berkonsepkan mengikut sajian empat musim serta dihias didalam seni haiku bersama persediaan makanan didalam teknologi terbaru.
Pegunjung bukan sahaja terpukau dengan konsep The Japan Store yang seperti ala taman Jepun malah dijanjikan dengan 800 jenama yang baru dan khas datang dari Jepun sendiri. Menariknya lagi, uniform yang diperagakan oleh staff ISETAN The Japan Store direka khas oleh Pereka Fesyen Antarabangsa Jepun, Hiromichi Ochiaci.
Info ISETAN The JAPAN Store
Lokasi : Lot 10, 50 Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur, Malaysia
Masa Operasi (LGF-3F) : 11:00 pagi hingga 9:00 malam
Masa Operasi (4F sahaja) : 11:00 pagi hingga 11:00 malam
Laman sesawang rasmi : http://thejapanstore.mistore.jp