Info Menarik, Teknologi

Lazada ‘Online Revolution’ 11 November Ini!

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix. Nak tahu tentangnya, pergi ke @lisaabdghani..
Lazada ‘Online Revolution’ 11 November Ini!

Lazada Malaysia melancarkan jualan dalam talian terbesar di Asia Tenggara ‘Online Revolution’ dengan penyertaan lebih daripada 1,000 jenama dan 55,000 peniaga tempatan dan antarabangsa.

Acara selama sebulan ini akan bermula dari 11 November 2016 sehingga 14 Disember 2016 adalah jualan ‘Online Revolution’ yang kelima semenjak pelancarannya pada 2012.

Tema untuk jualan ‘Online Revolution’ pada tahun ini ialah ‘Jenama untuk Semua’ (Brands for All) yang akan menandakan evolusi Lazada sebagai hab untuk jenama-jenama kegemaran rakyat Malaysia.

Antara jenama yang akan turut menyertai acara ‘Online Revolution’ pada tahun ini termasuklah Drypers, L’Oreal, Nestle, Samsung dan jenama-jenama lain seperti Prodiet, Microsoft, ZTE, Goon, Bosch, Tesco, Mattel, Sports Direct dan pelbagai lagi.

Bukan itu sahaja, Lazada Malaysia juga akan menampilkan promosi dari pelbagai rakan pemasaran – para pengguna berpeluang untuk memenangi hadiah penerbangan percuma dari AirAsia Big, termasuklah tawaran istimewa dari Digi, Maxis, Domino’s Malaysia, Caltex, HSBC, CIMB, TGV Cinemas dan Maybank semasa ‘Online Revolution’ 2016.

Jom sama-sama ke www.lazada.com.my untuk shopping!

Leave a Reply
Your email address will not be published. *