Hiburan, Info Menarik, Kembara

Permainan Baru LEGO NINJAGO The Ride Gegar Legoland 4 November Ini!

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Permainan Baru LEGO NINJAGO The Ride Gegar Legoland 4 November Ini!

Waktu yang dinanti-nantikan bakal tiba 4 November ini! Ayuh sama-sama kita gegarkan taman tema LEGOLAND bersempena pelancaran LEGO NINJAGO The Ride yang buat julung kalinya terdapat di Asia. 

IKLAN
Foto -Arkib Wanista
Foto -Arkib Wanista

Permainan baru ini membolehkan pengunjung menyelami pengalaman untuk menjadi wira Ninja yang termahsyur dalam menyelamatkann bumi LEGO NINJAGO dari keganasan makhluk ganas serta sekutu-sekutu jahat yang lain. Sertai kegirangan untuk berlatih mempertahankan diri cara NINJAGO di dalam gelap secara eksklusif yang berkonsepkan paparan 4 Dimensi. 

Dengan bermodalkan pelaburan berjumlah lebih dari RM40 Juta, LEGO NINJAGO The Ride dilengkapi teknologi inovasi ciptaan syarikat tarikan interaktif global Triotech yang bisa menyalurkan pengalaman secara realistik kepada pengunjung termasuklah paparan 3D serta ciri efek panas, asap dan angin (4D) menerusi pengembaraan yang berdurasi selama 3 minit 30 saat itu.

Lego Ninjago The Ride di California. Foto -
Lego Ninjago The Ride di Legoland California. Foto -Triotech

Setiap kereta permainan boleh memuatkan 4 orang pengunjung yang akan mewakili Ninja Kai (Kuasa Api), Ninja Cole (Kuasa Bumi), Ninja Zane (Kuasa Ais) dan Ninja Jay (Kuasa Kilat). Perlawanan dilakukan menggunakan pergerakkan tangan mudah yang kemudiannya dikesan melalui alat sensor yang terdapat dibahagian hadapan kereta. Ia akan membawa pengunjung menjelajah ke seluruh pelusuk alam LEGO NINJAGO untuk berdepan dengan anasir jahat sebelum bergelar Wira Ninja bagi memenuhi amanah Master Wu.

Foto -Arkib Wanista
Sekitar majlis pelancaran Lego Ninjago The Ride bersama media Jumaat lepas. Foto -Arkib Wanista

Sememangnya ini adalah peluang keemasan untuk pelancong dalam dan luar negara untuk merasai hiburan baru yang secara tidak langsung dapat dinikmati bersama keluarga tanpa mengira umur.

Untuk keterangan lanjut, sila layari www.legoland.com.my atau lawat laman Facebook rasmi LEGOLAND Malaysia Resort di www.facebook.com/LEGOLAND.my