Fesyen, Lookbook

Seleksi Koleksi Melissa Untuk Krismas 2016!

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Seleksi Koleksi Melissa Untuk Krismas 2016!

Tidak lama dahulu, Melissa yang popular dengan keluaran sepatu diperbuat dari material getah berbangga untuk memperkenalkan koleksi hasil kolaborasi terbarunya bersama dengan Jeremy Scott dan musim ini pula bersempena Krismas 2016, Melissa sekali lagi tampil menyediakan seleksi bermutu kasut yang rata-ratanya berkonsepkan keselesaan di samping reka bentuk yang bukan sahaja berwarna-warni, malah cantik dan versatile untuk digayakan pada bila-bila masa.

Menjelang tibanya Krismas, ini antara lima koleksi pilihan Melissa untuk para peminatnya!

MELISSA MULE + JEREMY SCOTT | RM779

Melissa_Jeremy-Scott_0695-1

Kasual dan menarik, koleksi Mule oleh Jeremy Scott ini adalah salah satu rekaan kegilaan ramai. Tumitnya yang tinggi dan beperincian tebal itu menampakkan lagi sifat eksklusif kasut berkenaan. sempurna untuk pemakaian ke acara-acara santai mahupun glamor. Reka bentuknya juga moden, mudah digayakan malah pilihan warnanya yang ceria dan terang menambah lagi sisi kegembiraan buat si penggaya ketika sambutan Krismas! Tonjolkan gaya ala selebriti dengan sepasang Melissa Mule!

MELISSA SPACE LOVE + JEREMY SCOTT | RM519

Melissa_Jeremy-Scott_pumps

Masih lagi merupakan rekaan pereka tersohor Jeremy Scott. Kasung sarung tumit rendah ini bersifat ceria menonjolkan keunikkan dari motif hiasan timbul pada bahagian hadapan kasut seperti reben dan bentuk hati. Apa yang membuatkan ia kelihatan comel? Tentulah pada perincian punat udara (lazimnya terdapat pada bola pantai) yang melengkapkan motif timbul berkenaan!

MELISSA ULTRAGIRL XXI | RM359

111

Ringkas bersahaja, kasut sarung tumit rendah ini bakal membuatkan si pemakainya kelihatan sungguh tipikal. Kekuatan rekaan Ultragirl terbaharu ini adalah berdasarkan mainan tekstur, corak serta warnanya!

MELISSA SPACE LOVE + JASON WU | RM509

318285074100

Terdapat dalam pilihan permukaan yang polos dan juga bercorak, koleksi Melissa Space Love ini menggabungkan sifat moden dan keaslian. Hiasan reben yang disisip kemas terletak di bahagian hadapan kasut sengaja ditemani sedikit perincian logam agar tampak lebih indah, menggambarkan sifat wanita moden masa kini.

MELISSA X-BOOT | RM559

317725286100

Elegen, bergaya dan moden, rekaan X-Boot ini mungkin menjadi antara rekaan yang hit untuk Krismas tahun ini! Melissa memperkenalkan rekaan boot berpotongan rendah paras buku lali, sangat minimalis sekaligus kelihatan maskulin buat wanita yang berjiwa ranggi. Palet warna untuk koleksi X-Boot adalah diinspirasikan dari rona-rona neutral.

Untuk keterangan lanjut, sila layari mdreams.com.my

BACA  Artis Hollywood Pun Kalah! Fesyen Deepika Padukone Paling Gah Di Cannes 2019
Leave a Reply
Your email address will not be published. *