Pada tahun 1984, Joan Benoit Samuelson telah mencipta sebuah revolusi. Dalam masa dua jam, 24 minit dan 52 saat, wanita ikonik ini telah menjuarai pertandingan marathon. Joan Benoit Samuelson mewarnai sejarah apabila menjadi wanita pertama yang memenangi acara larian marathon di Los Angeles waktu itu.
Joan sesungguhnya telah meneruskan larian melebihi titik penamat yang ditetapkan untuk pelari wanita iaitu pada jarak 1,500 meter kerana tidak yakin bahawa wanita secara fizikalnya dapat menguasai larian melebihi jarak tersebut.
Untuk itu, Nike dengan bangganya memperkenalkan koleksi baharu mereka yang digelar Nike Beautiful X Powerful Collection bertujuan untuk membangkitkan evolusi kemenangan dan kejayaan Samuelson.
Koleksi sepatu Nike istimewa ini buat pertama kalinya diinspirasi dari atlet wanita demi memperkasakan semangat tidak gentar untuk menghadapi apa jua cabaran seolah ‘tidak ada garisan penamat’. Nike Beautiful X Powerful Collection Premium Leather telah pun mula berada di pasaran sejak 6 Oktober lepas menerusi aplikasi SNKRS dan di semua pengedar terpilih seluruh dunia mankala koleksi Nike Beautiful X Powerful Collection Jacquard akan mula dipasarkan pada 1 Disember nanti.
Untuk keterangan lanjut, sila layari www.nike.com/my