Siapa yang tidak kenal dengan aktres dan jelitawan Korea Park Shin Hye. Senyuman manisnya sahaja pun sudah cukup untuk menggambarkan personalitinya yang versatile serta rendah hati meskipun statusnya boleh dikira sangat glamor untuk selebriti muda sepertinya.
Baca Artikel: ELEGAN SEPERTI SI CANTIK PARK SHIN HYE
Tempoh hari, jenama kosmetik korea yang sudah bertapak hampir 3 dekad dalam industri kecantikan ini telah menganjurkan Momonde Flower Day bagi menghormati khazanah alam serta menunjukkan penghargaan kita kepada yang tersayang melalui pemberian yang berasaskan bunga-bungaan.
Mamonde yang baru sahaja membuka cawangan kaunter pertamanya di Malaysia yang berlokasi di AEON One Utama itu kini telah pun mempunyai cawangan kaunternya yang kedua di AEON Mid Valley. Jenama kosmetik dan kecantikkan istimewa ini memanfaatkan khasiat bunga-bungaan terpilih termasuklah Bunga Raya, Honeysuckle, Bunga Narcissus, Bunga Teratai serta Kamelia. Setiap satu dari lima tumbuhan berbungga itu mempunyai peranna yang penting dalam penghasilan produk kosmetik dan kecantikan Mamonde.
Sebagai duta antarabangsa Mamonde yang telah dilantik sejak 2014, Park Shin Hye menjejakan kaki buat pertama kalinya di Malaysia pada 14 Oktober lepas bagi merasmikan seterusnya memeriahkan majlis sambutan Mamonde Flower Day.
Set Mamonde Flower Day yang dibangunkan tempoh hari adalah berkonsepkan taman bunga yang dihias meriah dengan “Park SHin Hye adalak ikon untuk jenama ini yang turut melambangkan kecantikkan asli bunga-bungaan serta gemalai produk Mamonde”, jelas Celine Diong, Pengurus Besar Jenama Mamonde Malaysia.
Baca Artikel: KETAHUI FAKTA MENARIK TENTANG DUTA KOSMETIK MAMONDE, PARK SHIN HYE
Di samping sebulat suara menjadikan Mamonde Flower Day sebagai sambutan tahunan yang akan diraikan pada bulan Oktober, Mamonde juga tidak ketinggalan untuk memperkenalkan rangkaian terbaharu Moisture Ceramide Skin Toner & Moisture Ceramide Emulsion yang mampu membekalkan kelembapan optimum untuk kulit yang cepat kering. Rangkaian Moisture Ceramide adalah berasaskan Bunga Raya, bermanfaat untuk mengetat dan memulih kembali tekstur kulit yang dipenuhi sel kulit mati.
Untuk keterangan lanjut, sila layari Facebook rasmi Mamonde Malaysia di www.facebook.com/Mamonde.MY