Sukarnya apabila membeli-belah di butik-butik mahupun gedung pakaian yang ada. Meskipun semuanya terletak di bawah satu bumbung, sukar untuk mencari saiz, melihat kesemua koleksi yang ada secara terus.Proses memilih memakan masa dan tenaga dan akhirnya kita sebagai pelanggan menjadi bosan.
Zaman sudah berubah di mana sesuatu yang sukar bisa menjadi lebih mudah. Kewujudan platform membeli-belah atas talian sebagai contoh adalah lebih telus, menyediakan kemudahan yang bertepatan dengan gaya hidup moden masyarakat masa kini. Servisnya sungguh cepat dan mampu menjadikan urusan pembelian anda secara ringkas. Paling menarik, harganya juga berpatutan, malah ada di antara item yang ditawarkan benar-benar murah daripada harga di pasaran utama. Buat apa membazir duit membeli kasut di ZARA berharga RM200 jika anda boleh mendapatkan kasut jenis “inspired” yang reka bentuknya mirip sama hanya pada RM80? Shhh… ini rahsianya.
EZBUY, sebuah gedung membeli-belah atas talian yang dahulunya dikenali dengan nama 65daigou boleh dilabel sebagai syurga membeli-belah untuk si fashionista. Pilihan item fesyen yang terdiri dari helaian pakaian, aksesori kepala, barang kemas, kasut, beg dan lain-lain adalah begitu unik merangkumi trend-trend pemakaian masa kini termasuklah yang berkonsepkan fesyen ala vintaj seperti bohemian dan hippies.
Anak-anak gadis mahupun teruna yang suka bertukar gaya, EZBUY adalah tempat yang paling strategik untuk anda menyelongkar harta karun fesyen paling bernilai. Bahkan, harga yang diletakkan untuk satu-satu item juga tersangatlah mampu milik tau! Tak percaya?
Oleh kerana sensasi trend fesyen Korea semakin menjadi bualan dan ikutan kalangan wanita di Malaysia, apa kata Wanista bentangkan anda dengan seleksi pilihan menarik dari hujung rambut hingga hujung kaki yang ditawarkan EZBUY -diinspirasi dari bintang Korea pujaan ramai si jelita Song Hye Kyo.
#Gaya 1
Melihatkan ramai yang hendak ke luar negara menikmati susasana musim luruh dan salju menjelang hujung tahun ini, apa kata anda sediakan sepasang trench coat rona merah seperti yang digayakan Song Hye Kyo. Nampak sungguh elegen!
Korean Trench Coat In Red: RM168.63
#Gaya 2
Cantik bergaya ringkas dengan padanan kemeja berbutang putih bersama skirt hitam pendek. Gabungan fesyen monokrom ini sudah mampu serlahkan personaliti si pemakai!
Kemeja Putih: RM15.10 & Skirt Pendek Hitam: RM51.63
#Gaya 3
Song Hye Kyo gemar menyarungkan kemeja untuk gaya kasual santai. A salahnya menggayakan kemeja bercetak sekali-sekala untuk acara keluar di hujung minggu bersama teman-teman! Corak Polk-a-Dot memang comel!
Kemeja Corak Polk-a-Dot: RM77.18 & Jeans Skinny: RM32.61
#Gaya 4
Mutiara adalah aksesori yang sering dimanfaatkan oleh wanita-wanita bangsawan zaman dahulu kala. Meskipun ringkas, manik mutiara yang berwarna putih bersinar itu dapat menaikan seri keayuan wanita yang memakainya.
Cincin Mutiara: RM6.47 & Rantai Mutiara: RM4.25
#Gaya 5
Tiru gaya Song Hye Kyo menggayakan dress denim off shoulder untuk papar sifat feminin dalam diri.
Dress Denim Off Shoulder: RM35.95
#Gaya 6
Anting-anting labuh mutiara lengkapkan gaya minimalis anda kala menghadiri acara keramaian.
Anting-Anting Labuh Mutiara: RM18.30
#Gaya 7
Dress floral sebagai pelengkap kepada jiwa anda yang sedang berbunga-bunga!
Dress Floral Berenda: RM51.63
#Gaya 8
Kombo skirt putih serta kemeja polos rona merah jambu ini bagaikan gula-gula kapas yang mampu membangkit semangat anda bersiar-siar untuk meneroka alam.
Set Kemeja & Skirt Putih: RM39.22
#Gaya 9
Beg tangan selimpang warna coklat ini sesuai untuk dipadankan dengan apa sahaja warna baju!
Beg Tangan Selimpang: RM32.61
#Gaya 10
Baju panas kait warna merah jambu ala Barbie!
Baju Panas Kait Merah Jambu: RM25.49
Bukannya susah untuk mencari item fesyen paling cantik apabila membeli-belah di EZBUY. Sama ada anda mencari barangan dari China mahupun US, semuanya sudah tersedia untuk anda. Jika berminat, anda boleh lihat dan beli pelbagai lagi koleksi inspirasi bintang Song Hye Kyo di sini ezbuy.my/Promotion/songhyekyo
Bukan itu sahaja, EZBUY begitu komited untuk menyediakan servis terbaik untuk para pelanggannya yang kini turut menawarkan keahlian PRIME untuk kenikmatan membeli-belah berganda.
PRIME adalah servis penjimatan berbaloi yang menawarkan penghantaran dari luar negara pada kadar RM8.80 sahaja. Caj tetap PRIME membolehkan anda membeli apa sahaja item pilihan tanpa mengira berat barang mahupun jumlah item yang dibeli! WOW!
Ayuh mendaftar sebagai salah seorang ahli PRIME yang paling beruntung kerana anda tidak perlu risau untuk membayar lebih bagi kos penghantaran. Sila rujuk PRIME ONLY RM8.80 NETT untuk keterangan lanjut.
Setelah mendaftar dan membayar yuran keahlian PRIME (RM18.80 untuk percubaan selama sebulan manakala RM188.80 untuk tempoh satu tahun), anda kini bebas membeli-belah di EZBUY pada bila-bila masa dan di mana jua tanpa sebarang had! Belilah seberapa banyak item yang anda mahukan tetapi kos penghantaran adalah tetap sebanyak RM8.80 sahaja. Sangat menjimatkan! Cuma perlu klik pada pilihan menu PRIME di laman utama EZBUY, lebih berjuta-juta item dari kelengkapan rumah, item fesyen, keperluan kanak-kanak serta perkakas automotif, kecantikan dan kesihatan ada ditawarkan untuk semua.
Bagi memenuhi keperluan pengguna secara menyeluruh pula, EZBUY turut menawarkan servis pembelian item dari mana-mana laman web luar negara seperti Taobao, Amerika Syarikat (USA) mahupun Taiwan khas buat anda ibarat seorang “personal shopper”. Beli item impian anda dengan hanya perlu menampal pautan (link URL) barangan dari laman web tersebut pada ruangan carian di bahagian atas sebelah kanan laman web EZBUY. Setiap 500g berat barangan tersebut hanya akan dikenakan kos penghantaran sebanyak RM4.50 sahaja tanpa perlu membayar cukai agen sekalipun. Kini rakyat Malaysia bebas memiliki item yang sukar dibeli atau didapati di negara sendiri!
Jika anda adalah seorang fashionista mahupun shopaholic tegar, EZBUY adalah pilihan yang sangat tepat untuk anda manfaatkan hobi anda itu. Siapa sangka, anda masih boleh bergaya sakan bak orang kaya dan membeli-belah seperti dunia ini anda yang punya pada kadar harga yang sangat-sangat menjimatkan.Ya, nikmati semua ini hanya di EZBUY!
Sila layari ezbuy.my hari ini!