Untuk makluman, pengeluar pretzel terbesar Malaysia, Auntie Anne’s telah pun bertapak di negara ini selama 20 tahun sejak 1996.
Dan sehingga Jun 2016, Auntie Anne’s mempunyai 45 cawangan di seluruh Semenanjung Malaysia (kecuali KLIA 2) dengan kira-kira 200 pekerja, dan menghidang sejumlah 2 juta pretzel dalam masa setahun.
Namun begitu, walaupun sudah 20 tahun beroperasi, Auntie Anne’s masih lagi belum memperoleh sijil Halal daripada JAKIM.
Malah, terkini, gara-gara nama menu ‘Pretzel Dog’, rangkaian pretzel popular, Auntie Anne’s dilaporkan masih belum mendapat pengesahan sijil Halal dari Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim).
Untuk itu, seorang Eksekutif Halal Auntie Anne’s Malaysia, Farhatul Kamilah menjelaskan hal sebenarnya menerusi laman Facebooknya.
Menurutnya, pihaknya telah memohon sijil halal bagi kesemua 45 outlet Auntie Anne’s di bawah satu permohonan, namun Jakim telah menolak permohanan tersebut.
Auntie Anne’s merupakan perniagaan pretzel popular yang berasal dari Lancaster, Pennsylvania, Amerika Syarikat yang diusahakan pasangan suami isteri, Anne Beiler dan suaminya, Jonas Beiler pada 1988. Sehingga kini ia sudah mempunyai sebanyak 1,500 cawangan di seluruh dunia termasuk di Malaysia.