Nespresso, pengusaha kopi terkenal dengan produk-produk kopi yang dibungkus mengikut sukatan kini memperkenalkan mesin pembuat kopi terbarunya iaitu CitiZ ke pasaran antarabangsa. Inovasi rekabentuk CitiZ kali ini mencerminkan ciri-ciri keunikan moden bandaraya terbesar yang ikonik di seluruh dunia.
Sejak pelancarannya pada 2009, mesin CitiZ telah mendapat tempat dihati peminat kopi dan reka bentuk premium kerana cara penggunaannya yang mudah, reka bentuknya yang hebat dengan hasil pengekstrakan kopi yang amat baik dan konsisten. Sekarang, para penggiat kepada mesin CitiZ akan teruja dengan penghasilan sebuah rekaan penuh bergaya menepati kekemasan premium yang diinspirasikan oleh mercu tanda kota-kota ikonik dunia ini.
Mesin kopi CitiZ Klasik and CitiZ&Milk sekarang diintegrasikan dengan alat pemanas susu Aeroccino. Kedua-duanya boleh didapati dalam warna yang menarik sesuai digayakan di mana-mana dapur:
- Perak
- Hitam
Dengan sentuhan berkonsepkan bangunan pencakar langit yang dibayangi ciri retro minimalisme, semua mesin pembuat kopi rekaan model CitiZ pada dasarnya mempunyai personaliti tersendiri yang menampilkan gaya yang dinamik lagi klasik. Ciri-ciri baru yang kini boleh dinikmati adalah:
- Duasaiz cawan: Espreso dan Lungo – dengan hentian aliran automatik
- Masa memanas yang pantas (25 saat)
- Hentian aliran automatikselepas 9 minit
Nespresso CitiZ and CitiZ&Milk yang baru boleh didapati mulai 26 September 2016 dari gedung premium seperti Robinsons, Harvey Norman, Parkson dan Best Denki atau dengan melayari www.nespresso.com. Harga CitiZ adalah RM999 manakala CitiZ&Milk adalah RM1299.