Meskipun kesedaran tentang denggi adalah tinggi, sikap yang negatif tentang gejala ini masih lagi wujud. Sentimen masyarakat didapati masih kurang prihatin terhadap gejala denggi, suatu penyakit yang menyebabkan kesakitan dan kelesuan serta boleh menjejaskan kualiti kehidupan sehingga enam minggu lamanya setelah sembuh.
Memperkenalkan, Mr. Dengue, Tetamu Yang Tidak Diundang, sebuah jerayawara anjuran Persatuan Penyakit Berjangkit dan Kemoterapi Malaysia yang disokong oleh Sanofi Pasteur. Kempen yang dianjurkan ini bertujuan untuk mengikis sikap sambil lewa terhadap penyakit denggi melalui penggunaan jenaka satira bagi menarik perhatian orang ramai melalui media sosial. Mr. Dengue berperanan untuk menyampaikan maklumat tentang demam denggi bagi memperkasakan masyarakat umum dengan cara-cara untuk melindungi diri mereka daripada gejala tersebut.
Menurut Persatuan Penyakit Berjangkit dan Kemoterapi Malaysia (MSIDC), penduduk di Malaysia masih tidak mengambil langkah yang mencukupi untuk mencegah penyakit denggi. “Kami mendapat tahu tentang perkara ini daripada laporan terkini tentang sentimen orang awam. Warga Malaysia perlu ingat bahawa denggi boleh menyerang sesiapa sahaja antara kita tanpa mengira usia, jantina, status kesihatan atau status ekonomi. Jangan baru tersedar kepentingan mengambil langkah pencegahan hanya setelah denggi menjangkiti anda atau ahli keluarga anda. Satu orang di Malaysia dijangkiti denggi setiap 3 minit. Jadi jangan sangka bahawa anda tidak akan mendapat penyakit denggi pada mana-mana peringkat dalam hidup anda” ujar Prof. Dr Zamberi Sekawi.
Setiap orang mempunyai peranan untuk dimainkan bagi mencegah penyakit denggi dan melindungi keluarga mereka daripada bebanan gejala ini. Antara tips terbaik yang dikongsikan oleh MSDIC dan hos serta jurucakap kempen Mr. Dengue, Jason Leong, sewaktu pelancaran media adalah :
Amalan kawalan vektor
- Kerap membersihkan kawasan air yang bertakung
- Membunuh nyamuk dengan menggunakan racun serangga
- Penggunaan penutup atau jaringan tangki simpanan air yang ketat
- Pengurusan sisa pepejal
Ambil langkah-langkah untuk mengurangkan risiko digigit oleh nyamuk yang telah berjangkit
- Cuba memakai pakaian yang kurang terdedah pada waktu siang
- Gunakan losyen atau semburan penghalau nyamuk pada kulit yang terdedah atau baju
- Pasang hadangan nyamuk di tingkap
- Aerosol racun serangga, lingkaran ubat nyamuk atau pengewap racun serangga yang lain dan penyaman udara boleh digunakan di bahagian dalam ruang kediaman atau bangunan
Turut hadir di pelancaran media tersebut ialah wakil daripada Kementerian Kesihatan, Kementerian Pendidikan serta murid-murid sekolah yang mengambil bahagian didalam kuiz ‘Battle’ bersama dengan hos Jason Leong yang telah berjaya menumpaskan Mr. Dengue, disambut dengan sorakan oleh tetamu jemputan.
Jerawaya ‘Berjumpa Mr. Dengue, Tetamu Yang Tidak Diundang’ telah diadakan di Blue Concourse di Sunway Pyramid pada 14 hingga 16 Oktober yang lalu. Antara aktiviti yang paling menarik disediakan ialah permainan pagar sesat (maze), peserta perlu mencari alat pelawan denggi dan perlu mengelak dari ditangkap oleh nyamuk jahat.
Kunjungi www.facebook.com/mymrdengue dan sila ‘like’ laman tersebut untuk menerima maklumat tentang kesedaran dan pencegahan gejala denggi di garis masa Facebook anda. Disamping itu, sertai Kuiz Kesediaan Denggi di www.denguemissionbuzz.org untuk mengetahui sejauh manakah anda bersedia untuk melawan penyakit denggi.