‘Free your soul, ride as one‘
FLYCYCLE, merupakan sebuah gim yang berkonsepkan berbasikal telah membuka peluang dan peminat gim yang ingin mencari sesuatu yang baru dalam aktiviti bersenam. Gim ini menyediakan pelbagai rutin fitness yang mengabungkan elemen kardio, tarian dan gerakan yang rancak bagi meningkatkan keyakinan stamina anda.
Dekorasi gim ini juga memberi rasa ketenangan dengan dihiasi lampu biru dan dinding khas dari batuan marbel Volakas. Konsep gim ini juga membolehkan anda berinteraksi dengan orang baru dan memberi pengalaman meditasi dari luar dan dalam. Jika kebiasaanya gim yang menggunakan alatan seperti treadmill atau basikal dilakukan secara individu tetapi di Flycycle mereka mencipta suasana berbasikal ala aerobik berkumpulan. Peserta akan diajak berkayuh bersama konduktor yang berpengalaman diiringi rentak dari muzik yang dimainkan.
Setiap kelas di Flycycle mengambil masa 45 minit yang akan membakar sehingga 700 kalori bergantung pada individu. Setiap koreografi rutin direka secara teliti dan disesuaikan mengikut gerakan atas dan bawah badan. Yang paling menarik ialah, basikal yang digunakan sepenuhnya diimport dari jenama Jerman iaitu Schwinn. Anda boleh menyesuaikan tempat duduk dan ketinggian basikal mengikut saiz badan anda. Kaedah ini lebih efisien dan selamat untuk penunggang.
Kelas dibuka pada setiap hari jam 7 pagi hingga 9 malam. Jadual kelas diletakkan di laman rasmi mereka www.flycycyle.my, dimana anda boleh memilih sudut basikal anda dan masa kelas. Untuk info lanjut mengenai Flycycle ‘like’ Facebook atau ‘follow’ media Instagram mereka @flycycle.my.