Menakjubkan! Baru-baru ini viral di media sosial gambar-gambar pesisir sebuah pantai yang dipenuhi dengan cahaya warna biru. Rupanya ia di Taman Negeri Pulau Sembilan di Negeri Perak. Belum pernah Penulis melihat hasil alam seperti ini kecuali cahaya dari kelip-kelip. Ini adalah satu tarikan pelancongan yang baru bagi Negeri Perak.
Keindahan cahaya biru yang menerangi pantai Pulau Sembilan ini dikatakan dari hasil hidupan laut ‘Phytoplankton’ atau lebih dikenali sebagai ‘Blue tears’ atau ‘Blue sands’. Pulau Sembilan mempunyai 9 buah pulau unik yang terletak 15-20km dari pesisiran selatan Negeri Perak. Pulau utama mereka ialah Pulau Lalang dan untuk pengetahuan anda ianya pulau yang tidak mempunyai habitat tetapi ia dibuka untuk perkhemahan atau field trip pada hujung minggu.
Pasti ramai dah merencana untuk percutian hujung tahun ini. Apa kata jom bawa keluarga dan rakan-rakan anda ke Pulau Sembilan, Perak. Menikmati keindahan alam semula jadi disini dan yang paling penting sokong produk pelancongan tempatan.
Untuk maklumat lanjut anda boleh hubungi pihak pelancongan Negeri Perak seperti Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia Negeri Perak atau terus sahaja ke laman Facebook Taman Negeri Pulau Sembilan, Perak, Malaysia.