Kecantikan

Remaja Lelaki 17 Tahun Jadi Wajah CoverGirl Pertama Kerana Teknik Mekapnya Yang Mantap!

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix. Nak tahu tentangnya, pergi ke @lisaabdghani..
Remaja Lelaki 17 Tahun Jadi Wajah CoverGirl Pertama Kerana Teknik Mekapnya Yang Mantap!

Pada Selasa CoverGirl mengumumkan James Charles, remaja lelaki yang berusia 17 tahun sebagai wajah CoverGirl yang baharu. Remaja yang mempunyai pengikut lebih dari 500K di Instagram akan menjadi wajah untuk produk yang akan dilancarkan dengan nama So Lashy! dari blastPRO Mascara, dibuat khusus untuk semua jenis bulu mata.

Menurut CoverGirl, mereka memilih James Charles kerana remaja itu adalah seorang role model yang bukan hanya mempunyai bakat dalam solekan malah dia tidak takut untuk mengekspresikan jati dirinya dan Charles telah memberikan erti baru bagi kata cantik.

Charles turut berkongsi berita tersebut di laman Istagram miliknya dengan caption :

“I am so beyond excited and overwhelmed and happy and astonished and of course, SHOOK, to announce that I am the newest face of @covergirl. First ever male ambassador for the brand and I am so honored and excited to be working with such an iconic brand.”

Bukan itu sahaja, Katy Perry yang juga duta CoverGirl turut sama mendedahkan perkhabaran yang tragik ini di Instagramnya.

Just wrapped another great @COVERGIRL shoot. Honored to have the pleasure to announce the very first COVERBOY, James Charles! Follow him @JCharlesBeauty! #COVERGIRLJames #glam❗️

A post shared by KATY PERRY (@katyperry) on

Ternyata pemilihan James Charles tidak sia-sia kerana lelaki ini juga mempunyai bakat yang serius menakjubkan dalam bidang solekan. Tak percaya? Anda lihat sahaja setiap teknik yang digunakan pada wajahnya, cukup membuatkan kita ternganga melihatnya. Dan dia baru 17 tahun. WOW!

Kagum tak?

Leave a Reply
Your email address will not be published. *