Sempena sambutan Hari Wanita Vietnam pada 20 Oktober 2016, Vietjet akan memberikan 300,000 tiket promosi kepada semua penumpang pada hanya USD0 di bawah kempen “12pm, It’s time to Vietjet”selama tiga hari bermula 11 Oktober sehingga 13 Oktober 2016 hanya di www.vietjetair.com.
Promosi ini boleh digunakan untuk semua laluan antarabangsa dari Vietnam ke Hong Kong, Kaohsiung, Taipei, Tainan, Seoul, Singapura, Bangkok, Kuala Lumpur dan Yangon.
Tempoh perjalanan adalah dari 1 November 2016 hingga 25 Mac 2017 (tidak termasuk cuti umum). Walaubagaimanapun, bagi laluan baru antara Ho Chi Minh City – Hong Kong tempoh perjalanan dari 9 Disember 2016 dan untuk laluan Ho Chi Minh City – Kaohsiung dan laluan Hai Phong – Seoul, tempoh perjalanan dari 12 Disember 2016.
Tiket prmosi boleh ditempah dari jam 12 tengahari sehingga 2 petang (masa Vietnam) di www.vietjetair.com. Bayaran boleh dibuat dengan kad debit dan kredit Visa, MasterCard, JCB dan American Express dan kad ATM yang dikeluarkan oleh 29 bank Vietnam yang telah berdaftar dengan perbankan internet.
Selamat Melancong Semua!