Organ kelamin adalah antara organ tubuh yang amat sensitif apabila tidak dijaga serta dipelihara dengan sebaiknya. Ia mudah terancam jika kebersihan dan kesihatannya diabaikan.
Tahukah anda lebih daripada 1 Juta orang seluruh dunia berisiko untuk terkena jangkitan kelamin (STI) setiap hari? Ia boleh tersebar dengan mudah dari si pembawa kepada individu yang melakukan hubungan kelamin dengannya. Oleh itu, sangatlah mustahak bagi seseorang mencari jalan yang terbaik untuk melindung diri dari terkena sebarang jangkitan kelamin dengan mengamalkan hubungan seks selamat seperti memanfaatkan langkah penggunaan kondom.
Baru-baru ini, jenama kondom nombor satu yang dikenali ramai mengambil jalan proaktif untuk memperkenalkan inovasi kondom baharu yang lebih nipis iaitu Durex Invisible.
Rekaan kondom unik ini bukan sahaja dapat memelihara kesihatan kelamin penggunanya, malah ia dapat memberi perlindungan optimum serta menjanjikan pengalaman intim yang lebih bermakna buat setiap pasangan!
Dengan adanya kondom ultra nipis Durex Invisible ini, diharap ia bisa merubah persepsi masyarakat bahawa kondom mengurangkan kenikmatan ketika melakukan hubungan seks.
Tonton Video Cereka Pendek Kempen #WhyMaluMalu Durex Malaysia
Menurut Matias Caride, Pengarah Pemasaran RB Malaysia dan Singapura, “Sebagai peneraju pasaran global, Durex sentiasa menggalakkan pasangan dewasa untuk mengambil langkah-langkah yang sewajarnya ke arah perlindungan sebagai sebahagian daripada komitmen mereka terhadap hubungan kelamin yang selamat dan bahagia.”
“Dengan inovasi terbaru ini, pasangan tidak perlu bimbang kesihatan seksual atau keintiman mereka akan terjejas”, tambahnya.
- Bau Menyenangkan: Bauan aroma kekayu segar untuk hubungan seks yang lebih selesa
- Ultra Nipis: Kondom paling nipis oleh Durex direka supaya si pemakai berasa seperti melakukan seks tanpa memakai sebarang kondom.
- Lembut Secara Semula Jadi: Selembut kulit anda untuk keseronokan yang sebenar.
- Pelinciran Hebat: Pelinciran ekstra untuk keselesaan dan kenikmatan si dia. Tanpa geseran, tanpa rasa lekit.
- Reka Bentuk Menyeronokkan: Lebar nominal 52mm untuk penggunaan yang selesa untuk dapat lebih keintiman.
Untuk keterangan lanjut, sila layari www.durex.com.my atau lawat laman Facebook Durex Malaysia di www.facebook.com/DurexMalaysia