Sepanjang minggu lalu, telah berlangsungnya sebuah pameran Scuderia Ferrari Orologi di Centre Court Mid Valley Megamall.
Acara gilang-gemilang tersebut dimulakan dengan ucapan yang diberikan oleh Mr. Tad Uchtman iaitu Presiden Jenama untuk Scuderia Ferrari Orologi dan Mr. Jualian Addison, Presiden Movado Group Asia Pacific.
Kedua-dua mereka kemudiannya merasmikan majlis bermula dengan gimik bagi mehidupkan acara tersebut lewat malam itu.
Antara selebriti serta tetamu kehormat yang hadir adalah termasuk pelakon Ola Bola, JC Chee; Miss Universe Malaysia terdahulu, Carey Ng; pelakon tempatan Daler Yusof dan ramai lagi. Tidak lupa, model kecergasan terkemuka Malaysia, Kit Mah turut hadir memeriahkan majlis.
Pengunjung yang membeli-belah melebihi jumlah RM600 berpeluang untuk menyertai pertandingan simulator F1 bagi memenangi hadiah istimewa berupa jam tangan mewah edisi terhad dari jenama Scuderia Ferrari Orologi.
Bukan itu sahaja, model turut tidak ketinggalan memperagakan kesemua koleksi terkini dari Scuderia Ferrari Orologi merangkumi koleksi untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan, koleksi khas untuk para maskulin serta koleksi untuk wanita.
Tujuan pameran jelajah ini diadakan adalah bagi memberikan pengalaman yang baharu kepada para pengunjung untuk mengenali jenama dan produk -dihasilkan oleh jenama tersohor yang melahirkan kenderaan Formula 1 berteknologi tinggi, Scuderia Ferrari.