Kalau ke kenduri kahwin tidak sah jika tidak dihidangkan dengan minuman ‘sirap selasih’. Air sirap yang dicampur dengan biji selasih atau kanak-kanak suka memanggil ia sebagai ‘telur katak’. Tapi ramai kini yang keliru antara biji selasih dan biji chia (chia seeds) yang semakin popular sebagai makanan kesihatan. Walaupun rupa dan cara penggunaan ia sama tapi biji selasih dan biji chia tetap berbeza jenis.
Ya, kebaikan dari biji chia lebih popular dan diketahui ramai. Siapa sangka rupa-rupanya biji selasih juga mempunyai kebaikan dan boleh menyihatkan tubuh badan setanding benih chia. Antaranya :
Menurunkan Berat Badan
Biji selasih kaya dengan fiber dan ia akan membuat anda rasa kenyang dan tidak lapar. Ini bagus untuk anda yang ingin mengawal nafsu makan atau lapar. Tambah biji selasih didalam minuman (non-sugary) anda dan biar membantu anda untuk kekal berdiet.
Penghadaman
Selalu menghadapi masalah sembelit, kejang perut, kembung perut, dan lain-lain masalah penghadaman. Dengan mengambil air campuran biji selasih, boleh melegakan ketidakselesaan anda. Cubalah!
Jangkitan Kulit
Bagi para ibu yang berhadapan dengan anak yang mengalami masalah kulit seperti ekzema atau psoriasis. Anda boleh lakukan rawatan awal dengan menggunakan biji selasih. Caranya mudah, cuma hancurkan biji selasih dan campurkan bersama minyak kelapa, kemudian sapukan ditempat yang bermasalah.
Rendahkan Suhu Badan
Badan panas akibat cuaca terik diluar atau mengalami demam panas, lupakan minuman sejuk ais. Ambil sahaja air kosong dicampur biji selasih. Anda akan rasa ia perlahan-lahan menyejukkan badan anda.
Menyihatkan Rambut
Kuasa dari sumber protein, vitamin K dan zat besi didalam biji selasih bagus untuk rambut dan ia membantu untuk menyihatkan rambut dari akar hingga hujung.
Sebagai ‘Ubat Penenang’
Anda dah boleh tinggalkan pengambilan ubat tahan sakit atau panadol, gantikan dengan minuman biji selasih. Percayalah, ia mampu melegakan sakit kepala, migrain, tekanan dan ketegangan urat.
Lengkap Dengan Nutrien Berkhasiat Untuk Diet Harian
Biji selasih lengkap dengan nutrien pekat seperti kabohidrat, vitamin, mineral, lemak dan juga fiber. Seperti makanan tambahan yang lain, jika biji selasih ditambah didalam makanan harian ia pasti dapat memberi kesan baik di dalam diet anda. Di bawah, Wanista kongsikan cara pengambilan biji selasih yang cukup mudah untuk anda ikut :
- Minuman – Ya, ramai tahu biji selasih diambil dengan minuman tapi tahukah anda, jika dicampur dengan minuman bergula atau manis ia boleh menyebabkan khasiat dari biji selasih hilang. Tapi jika anda masih mahu menyediakan dengan minuman manis boleh cuba dengan jus buahan-buahan atau teh.
- Salad – Bosan dengan rasa salad yang sama, boleh tambah tekstur ‘crunchy’ pada salad anda dengan biji selasih. Pasti berganda khasiat yang anda dapat dan jangan lupa basuh dahulu biji selasihnya!
- Pencuci Mulut – Jangan risau, anda boleh gantikan resepi pencuci mulut dari biji chia dengan biji selasih. Ya, anda boleh! Apa kata anda cuba resepi Mango Chia Pudding Parfait senang, cepat dan sedap.
Jadi bagi anda yang masih lagi susah nak cari biji chia, guna sahaja biji selasih. Lebih mudah didapati dan khasiat yang diberikan juga sama bagus dengan benih chia.